Filem 321 cinta telah ditayangkan pada 16hb Jun, para pelakon dalam filem 321 cinta ni ialah Diana Amir sebagai Sam (watak tomboy), hero ialah Farid Kamil sebagai Nazril, Pierre Andre sebagai Fariz. Filem ni satu lagi buah tangan dari David Teo. Banyak ye filem terbitan David ni tahun ni. Pelakon lain dalam filem ni ialah Sheila Mambo, Mustapha Kamal, dan Zila Bakakrin.
Sinopsis
Sam seorang gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.
Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.
Director: Azhari Mohd Zain
Writer(s): Not Available
Cast: Diana Amir, Farid Kamil, Pierre Andre, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Zila Bakarin, Ruzaidi Abdul Rahman
Single Link Here : 3,2,1 Cinta (2011) PPVRip
Sunday, July 31, 2011
3,2,1 Cinta (2011) PPVRip
Remove facebook virus "Hi, how are you"
(Cara Pertama...)
Follow this guide will made your computer free of all virus, not only facebook virus.Recently, there are new facebook virus. It is spreading via Facebook's IM (Instant Messaging e.g.chatbox), and it is started like this :
"Hi. How are you?"
you repiles...
"Wanna laugh?"
you replies...
"Is it you on the video? want to see?"
And it will send you a LINK and DO NOT click the link!!!
What if you already clicked it?
And cannot visit facebook.com with the infected computer ?
Dont worry, this is the solution...
Done in 2 step. Easy and flexible.
-Remove all virus-
It is recommended to use this Antivirus ( MalwareBytes Anti-Malware )
http://download.bleepingcomputer.com/malwarebytes/mbam-setup-1.51.1.1800.exe
Run a Full Scan, delete all detected virus.
-Enable Facebook Access-
Then,download this auto fix file. (600kb)
http://www.mediafire.com/?qg4jxug0rdpnkcy
install and run it.
Try visit facebook.
This is the best method to remove all virus and enable facebook.com.
(Cara Kedua...)
The Virus has 2 files on windows, 2 processes and 3 registry values, you need to kill those processes and remove the files are the registry values, here they are:
1 – Kill these processes:
fbtre6.exe
mstre6.exe
2 – Delete these registry values:
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “c:\windows\mstre6.exe”
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “C:\Windows\fbtre6.exe”
HKEY_CURRENT_USER\AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\Navigating
3 – Delete these files:
C:\\Windows\\fbtre6.exe
C:\\Windows\\fmark2.dat
now if you don't know how to do the above steps.. plz contact me... registry is very sensitive and you don't want to delete the wrong registry keys.
Wednesday, July 27, 2011
Harimau Malaya Tidak Gentar Hadapi Singapura
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal berkata anak didiknya bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk berdepan Singapura.
"Apa pun, pada perlawanan hari esok kita perlu mencari gol seawal mungkin untuk meraih kejayaan dan semua pemain kita faham peranan masing-masing bila berada di atas padang nanti," katanya pada sidang berita bersama Ketua Jurulatih Singapura Radojko Avramovic di Wisma FAM di sini, pada Rabu.
Rajagobal berkata beliau telah mengarahkan anak buahnya supaya memberi fokus semasa perlawanan untuk mencari kemenangan dan mengurangkan defisit gol serta mengurangkan kesilapan apabila beraksi nanti.
"Saya tidak fikir bahawa pemain kita akan menghadapi masalah apabila berdepan dengan ribuan penyokong sendiri esok memandangkan mereka telah biasa dengan perkara itu," katanya.
Rajagobal berkata beliau juga belum memutuskan sama ada Safee Sali atau Aidil Zafuan Abd Radzak yang akan diberi tanggungjawab mengetuai pasukan Harimau Malaya pada Khamis.
Sementara itu, Avramovic berkata pasukannya membuat persediaan rapi untuk memenangi perlawanan Khamis meskipun beraksi di hadapan 85,000 penyokong Malaysia.
"Kami tidak gentar dan pasukan saya telah bersedia untuk memenangi perlawanan ini," katanya.
Perlawanan pusingan pertama kelayakan kedua di Stadium Jalan Besar di republik itu pada Sabtu lepas menyaksikan Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura.
Pada perlawanan esok, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya jaringan 2-0 mengatasi Singapura untuk melangkah ke pusingan berikutnya bagi kelayakan ke Piala Dunia 2014.
Harimau Malaya Perlu Guna 90 Minit Dengan Sebaiknya,
Sambil mengucapkan "Selamat Berjuang", Muhyiddin dalam satu kenyataan Rabu berkata: "Kerajaan dan semua rakyat Malaysia sentiasa bersama Harimau Malaya. Tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh dan yakin dengan kemampuan sendiri."
Perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia menentang Singapura akan berlangsung pada pukul 8.45 malam esok di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Muhyiddin yakin skuad bimbingan Datuk K Rajagobal telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan berkenaan.
"Saya percaya latihan yang dijalani serta bimbingan yang diberikan oleh para jurulatih yang diketuai Datuk K Rajagobal telah menyiapsediakan pasukan Harimau Malaya untuk menangkis serangan lawan serta merempuh benteng pertahanan mereka dalam menjaringkan gol sebanyak mungkin.
"Saya yakin Harimau Malaya akan menggunakan 90 minit di Bukit Jalil dengan sebaik-baiknya bagi menjaringkan gol-gol dan mencipta kemenangan," katanya.
"Yang pasti, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan Harimau Malaya dalam perlawanan tersebut serta perlawanan-perlawanan seterusnya," katanya.
Muhyiddin berkata sokongan padu akan terus diberikan kepada pemain-pemain skuad kebangsaan untuk menyaksikan penyertaan skuad itu pada Piala Dunia 2014.
Pada perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Jalan Besar di republik itu pada Sabtu lepas menyaksikan Malaysia kalah 3-5.
Pada perlawanan esok, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya jaringan 2-0 untuk mengatasi Singapura bagi melangkah ke pusingan berikutnya.
85,000 tiket Malaysia lawan Singapura habis dijual
Beliau berkata, penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.
"Petang ini semua 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.
"Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.
Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lalu.
Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu.
Ambiga-Wan Ahmad bersemuka lagi Jumaat ini
Kedua-dua mereka telah mengesahkan kehadiran masing-masing di forum "undang-undang pilihan raya, SPR & reformasi pilihan raya" anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya.
Ahli jawatankuasa Proham, Datuk Dennison Jayasooria memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-duanya telah memaklumkan kepada beliau mengenai kehadiran mereka di forum tersebut.
"Bagaimanapun, kita akan memfokuskan kepada topik yang berlainan daripada ceramah semalam,' katanya.
Ambiga dan Wan Ahmad bertembung dalam ceramah di Shah
Alam semalam anjuran Kumpulan Karangkraf, kumpulan media yang menerbitkan akhbar harian bahasa Melayu, Sinar Harian dan kumpulan majalah popular.
Bagaimanapun, Jayasooria berkata, hadirin di ceramah Jumaat ini adalah "berbeza sama sekali" dan ahli panelnya termasuk peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean. Moderatornya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam dari Proham.
Cara tukar ke Facebook IM chat lama semula (Google Chrome & Mozilla Firefox)
kalau korang guna Google Chrome, memang senang je nak dapatkan IM lama tu semula. korang just perlu klik SINI je. so, kat dalam Script page ni korang just perlu tekan butang "Install" di atas kanan website tu hah.
korang boleh masuk page Script sama macam pengguna Google Chrome tu di SINI. butang "Install" di bahagian atas kanan website tu. sama je lah cara install macam step2 untuk pengguna Google Chrome tu, ok. Aku malas nak terangkan banyak2. HAHA.
Tuesday, July 26, 2011
Hanya RTM setuju siar video himpunan BERSIH polis
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini hanya RTM bersetuju menerima tawaran ini dan sudah menayangkannya.
"Jika ada stesen televisyen lain yang ingin menayangkan video itu, kita sedia menyerahkan video ini untuk ditayangkan. Sebenarnya, klip video ini juga kini boleh dilihat di laman web PDRM.
"Kita berterima kasih kepada RTM kerana sudah menyiarkan klip video sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan 9 Julai lalu.
"Kita mengharapkan dengan ditayangkan klip video ini masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh perbarisan tamat latihan perdana perajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson hari ini.
Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat Datuk Zulkifli Zainal Abidin.
Khalid berharap dengan penayangan klip video itu tidak ada lagi pihak yang membuat tuduhan, tomahan dan andaian bahawa polis berlaku ganas dan zalim kepada mereka yang berhimpun secara di ibu negara pada 9 Julai lalu.
Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Lokasi lain adalah Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Selain itu, tempat melihat anak bulan turut meliputi Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.
Ribuan penyokong Harimau Malaya serbu kaunter tiket
Seawal pukul 8 pagi peminat-peminat bola sepak tempatan mula berbaris di kaunter tiket Pintu Kuning Stadium Nasional di Bukit Jalil.
Selain Stadium Nasional, Bukit Jalil, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut membuka kaunter tiket di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.
Tiket-tiket dijual pada harga RM50 untuk tempat duduk utama, RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Selain itu, peminat-peminat boleh membeli tiket secara dalam talian melalui laman web www.tickethotline.com.my.
Bernama juga melaporkan sehingga berita ini ditulis, sejumlah 60,000 tiket untuk menyaksikan perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 itu telah dijual.
Semua 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu mula dijual di tiga stadium yang dipilih.
"Kita (FAM) memang menjangkakan sambutan begitu menggalakkan khususnya di kalangan peminat tempatan," kata pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S Sivasundaram kepada Bernama.
Menurut beliau sebanyak 25,000 tiket telah diagih-agihkan untuk jualan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan masing-masing 12,500 tiket lagi untuk dijual di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Stadium Shah Alam.
Katanya, semua tiket yang diperuntukkan untuk jualan di Stadium Nasional habis dijual setakat pukul 3.30 petang manakala di dua lagi stadium pada pukul 5 petang.
Mengikut jadual asal, kaunter-kaunter tiket di ketiga-tiga stadium beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 7 malam dan akibat sambutan yang di luar jangkaan, kaunter ditutup lebih awal.
Selain jualan terus tiket di kaunter-kaunter tiket, Sivasundaram berkata sebanyak 10,000 tiket telah ditempah dan dibeli melalui dalam talian iaitu di laman web www.tickethotline.com.my.
Daripada jumlah 60,000 tiket itu, 2,000 adalah daripada penyokong Singapura.
"Baki 25,000 tiket yang ada akan dijual esok di ketiga-tiga stadium bermula pukul 9 pagi," katanya.
Mengenai rungutan sesetengah penyokong yang tidak dapat membeli tiket hari ini, Sivasundaram berkata: "Terdahulu sebelum ini kita telah umumkan yang kita akan menjual tiket-tiket berkenaan selama tiga hari bermula hari ini.
"Kalau kita jual habis semua tiket hari ini, macam mana pula bagi pembeli yang merancang untuk membelinya esok atau lusa. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak," tambah beliau.
Pada pusingan pertama minggu lalu, skuad Hariamau Malaya tunduk 3-5 kepada Singapura digelanggang lawan.
Cara mudah untuk mengecilkan saiz gambar
Mengikut kajian, kebanyakan pelawat akan meninggalkan laman web jika proses uploading nya lebih dari 10 saat, jadi dengan adanya kemudahan image resizer ini, anda boleh mengecilkan saiz gambar tanpa perlu anda menyunting dengan Photoshop atau lain-lain perisian yang lebih sukar dan memakan masa yang lama. dengan hanya beberapa klik sahaja saiz gambar anda akan berubah mengikut keperluan yang anda inginkan, berikut saya senaraikan dua tool image resizer yang boleh dimuat turun dan diguna pakai secara percuma :
1- VSO Image resizer : Perisian ini membolehkan anda menukar saiz gambar dengan hanya 3 langkah mudah.
2- Image Resizer Power Toy : tool ini diusahakan oleh kumpulan Microsoft, untuk menukar saiz gambar, anda hanya perlu klik kanan pada atas gambar dan pilih “Resize Pictures”
Download disini(klik here)
Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui pengundi hantu
Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.
"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
Suhaizan (kanan) juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.
Sehubungan itu, jelasnya, SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.
Beliau menjawab persolaan yang ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.
Boleh batal kemenangan
Wan Ahmad (bawah, berkemeja biru) juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star.
Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.
Ini kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.
Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat, ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.
"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.
"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.
Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL
Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu.
Sedangkan, pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah Allahyarham pada malam 9 Julai lalu, kata seorang anak mangsa berkenaan, Mohd Nasrul.
"Saya tertanya-tanya, kenapa kami belum dapat lagi (laporan bedah siasat), tapi polis dah keluar kenyataan," kata Mohd Nasrul, 22, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau juga enggan memberikan komen lanjut berhubung kecederaan yang dialami mangsa berkenaan memandangkan keluarganya masih belum menerima laporan tersebut walau telah berkali-kali mendesak hospital berkenaan.
Namun, polis telahpun menafikan dakwaan bahawa pasukan berkenaan telah melakukan keganasan ke atas Allahyarham Baharudin manakala kecederaan dialami mangsa itu pula berpunca daripada rawatan yang diberikan ke atasnya.
Seorang pegawai kanan Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada Jumaat lalu dilaporkan sebagai berkata, tulang rusuk mangsa yang patah itu juga "mungkin" disebabkan oleh rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.
Gigi lelaki berusia 58 tahun itu pula "mungkin" patah disebabkan tiub yang dimasukkan ke dalam mulut lelaki berkenaan bagi tujuan "menyedarkannya semula."
Salleh turut mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia.
"Kami pun tak dapat laporan bedah siasat, sebab kematian pun tak tahu. Jadi tunggu keputusan bedah siasat dahulu baru kami boleh komen," kata Mohd Nasrul lagi.
Tambahnya, pihak Hospital Kuala Lumpur memberitahu beliau bahawa keluarga mangsa tersebut hanya akan menerima keputusan berkenaan dalam tempoh "empat hingga enam minggu lagi."
Anggota keluarga Allahyarham sebelum ini mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan juga kepada Ketua Polis Negara, mendakwa kecederaan yang dialami mangsa itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.
KL Gangster (2011) DVDRip
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.
Release Date: 09 June 2011
Language: Malay
Subtitle: English HardSubbed
Genre: Action
Running Time: 1 Hour 21 Minutes
Director: Syamsul Yusof
Cast: Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Zizan, Ridzuan Hashim
Download Klik Di Bawah
FileSonic Download
UploadStation Download
Wupload Download
Fileserve Download
Sekali Lagi (2011) DVDRip
Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng.
Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya.
Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu SHIELA, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.
Pengarah
Hashim Rejab
Lakonan
Shaheizy Sam,Lisa Surihani,Mia Sara Nasuha,Bront Palarae,Kartina Aziz,Shasha,Zul Handyblack,Ana Dahlia dan Bob Lokman
Tarikh Tayangan – 30 Jun 2011
Download Klik di bawah...
FileSonic Download
UploadStation Download
Wupload Download
Fileserve Download
Berita
Atasi Masalah Air Bertakung, Banjir Kilat
400 mat rempit tolak motosikal 7km ke balai polis
Polis tahan dua lelaki ragut rantai warga emas bernilai RM2,000
Dua lemas di Air Terjun Sekayu
Remaja parah diserang lebih 30 lelaki
Cuai melintas undang padah
Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL
Hujan Ribut Melanda Taiping 23 jun 2010
Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini
Hanya RTM setuju siar video himpunan BERSIH polis
Isu Politik
PRU: Pas yakin peluang ke Putrajaya cerah
P'raya di musim haji hanya spekulasi PAS, kata Tun Abdullah
Azmin kata peluangnya dalam PKR 'tak terancam'
Bila tarikh pilihan raya?
Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui pengundi hantu
Live Himpunan Hijau Ke Putra Jaya
Aktivis siswa mahu saman Utusan, Kosmo!
Ambiga-Wan Ahmad bersemuka lagi Jumaat ini
Agama
Sukan
Beng Hai Puas Hati Prestasi Skuad Hoki Negara
Harimau Malaya Tidak Gentar Hadapi Singapura Pada Khamis
Harimau Malaya Perlu Guna 90 Minit Dengan Sebaiknya
85,000 tiket Malaysia lawan Singapura habis dijual
Ribuan penyokong Harimau Malaya serbu kaunter tiket
Tentang Komputer
Tutorial
(C)
Cara mudah untuk mengecilkan saiz gambar
Cara Nak Lajukan Loading Facebook Yang Semakin Lembab Akibat Gempa Bumi?
Cara tukar ke Facebook IM chat lama semula (Google Chrome & Mozilla Firefox)
(I)
(L)
Lajukan Broadband Anda Hanya dengan Notepad !
(M)
(R)
Remove facebook virus "Hi, how are you"
Software
(A)
ACDSee Pro v4.0.237
(H)
HyperCam 3.2
Facebook Badge
(SSM - 0011452U)
Blog Archive
-
▼
2011
(20)
-
▼
July
(17)
- 3,2,1 Cinta (2011) PPVRip
- Remove facebook virus "Hi, how are you"
- Harimau Malaya Tidak Gentar Hadapi Singapura
- Harimau Malaya Perlu Guna 90 Minit Dengan Sebaiknya,
- 85,000 tiket Malaysia lawan Singapura habis dijual
- Ambiga-Wan Ahmad bersemuka lagi Jumaat ini
- Cara tukar ke Facebook IM chat lama semula (Google...
- Hanya RTM setuju siar video himpunan BERSIH polis
- Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini
- Ribuan penyokong Harimau Malaya serbu kaunter tiket
- Cara mudah untuk mengecilkan saiz gambar
- Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui pengundi hantu
- Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL
- KL Gangster (2011) DVDRip
- Sekali Lagi (2011) DVDRip
- Berita
- Tentang Komputer
-
▼
July
(17)