Monday, June 4, 2012

Atasi Masalah Air Bertakung, Banjir Kilat

Alias (kanan) melepaskan anak ikan di Kolam Tadahan Hujan di Taman Rekreasi
Dun Alor Limbat, semalam.

KUALA TERENGGANU –Pembinaan kolam tadahan hujan di Kem Padang Midin diyakini mampu menyelesaikan masalah air bertakung dan banjir kilat di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat.
Ahli Undangan Dewan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdulllah berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi pembinaan kolam tadahan itu yang telah mula dibina sekitar 2010.
Menurutnya, pada awalnya peruntukan diberikan hanya RM200,000, tetapi apabila projek itu tidak dapat disiapkan kerana bajet tidak mencukupi, ia ditambah sebanyak RM300,000 lagi bagi menyiapkannya.
“Selain untuk mencantikkan dalam kawasan kem, ia juga adalah sebagai projek tambatan banjir di dalam kem dan juga beberapa kampung berdekatan, iaitu Kampung Padang Midin, Tok Hakim, Binjai Berambu dan juga Tok Renek.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...