Monday, June 29, 2015

Analisis - Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 1)


Perbezaan set Original, AP, Klon dan Recond (Bahagian 1)
Pengguna yg mahu membeli pakej telefon pintar biasanya mempunyai dua jenis pakej atau set jualan. Mengenali pakej sangat penting bagi menentukan samada pakej itu mempunyai aksessori lengkap atau benar2 tulen. Keadaan bertambah rumit lagi jika penjual yg peranti palsu menjualkan set yg dijual adalah original tetapi sebenarnya palsu atau tiruan.




1 - Set Original /Tulen
  • Dikenali sebagai 'Approve Manufacture Set' ; bermaksud Set yg diperakukan oleh pengeluar. tetapi, ejen ini telah disahkan dan dilantik oleh pengeluar.
  • Harga jualan telah ditetapkan untuk ejen, tidak boleh dinaikkan sesuka hati.
  • Ejen boleh menjadi perantara antara pelanggan dengan pengedar, pengguna boleh membuat tuntutan pada mana2 cawangan agen diseluruh Malaysia.
  • Tempoh Jaminan Warranty ditentukan oleh pengeluar bukan ejen yg dilantik
  • Perisian dan sistem operasi yg digunakan mengikut negara dan wilayah. 
  • Jaminan pengeluar biasanya 1 tahun untuk peranti utama, 6 bulan bagi akessori termasuk batteri. Terdapat ejen yg  menyediakan tempoh jaminan  extended warranty
  • Aksessori penuh dan tulen sepenuhnya seperti diiklankan

2 - Set AP (Berjenama/Import)
  • Dikenali sebagai 'Approve Products' ; ia juga set yg diperakukan asli oleh pengeluar tetapi tidak dilantik  sebagai ejen oleh pengeluar,
  • Diedar oleh ejen /penjual yg  mengimport sendiri, tetapi mereka tidak diiktiraf oleh cawangan pengeluar,
  • Peranti dibawa masuk dari negara jiran seperti Singapura, mungkin mempunyai jaminan pengilang dinegara yg dibeli. Contoh; Beli set Original di Singapura, dibawa masuk tanpa/dengan pengesahan SIRIM, dijual semula sebagai  set AP (kerana tuntutan jaminan tidak sah di Malaysia)
  • Adakalanya mempunyai logo telco seperti SingTel, TIM, Verizon, TMobile 
  • Berkemungkinan set Refurbished / Recond , ...maklumat lanjut teruskan membaca dibawah,
  • Harga yg dijual berubah2 dan lebih murah dari set tulen, penetapan harga bergantung kepada penjual.
  • Penjual pula menentukan tempoh jaminan Warranty. (contoh ; jaminan diluar negara  2 tahun tapi di Malaysia hanya setahun, pengedar yakin dan meletakkan tempoh jaminan sama dengan negara yg diimport)
  • Untuk membuat tuntutan jaminan, ia mesti dipulangkan dikedai yg dibeli sahaja, masa menunggu lama sedikit
  • Aksesori tulen diambil dan dijual berasingan kemudian ditukarkan kepada aksesori tiruan.



3 - Set AP Klon 

  • Set jualan ini ialah yg paling banyak dijual dipasaran, mendakwa Set AP sebaliknya menggunakan telefon klon atau palsu bagi mengaburi pembeli yg mahukan set AP berjenama
  • Peranti yg dijual bukan AP berjenama, menggunakan terma seperti klon, replica &lookalike.. 
  • Harga jauh lebih murah , tetapi ada yg berniat jahat meletakkan harga yg tinggi seolah2 model  yg dijual adalah tulen
  • Penjanjian jual beli sama seperti set jualan AP, pulang di kedai yg dibeli jika rosak
  • Tempoh jaminan mungkin pendek,
  • Semasa membuat tuntutan jaminan, peranti dihantar semula ke pengeluar, masa menunggu  lebih lama jika dihantar semula ke kilang di luar negara kerana ketiadaan peralatan & komponen alat ganti

4 - Set Recondition / Refurbish
  • Set yg pernah dijual , dipulangkan kepada pusat servis, dan dijual semula dengan separuh harga.
  • Mempunyai label pengeluar Recond / Refurbished set pada kotak
  • Mungkin pernah dibaiki (repaired) dipasangkan semula badan yg baru untuk meyakinkan pembeli
  • Mempunyai tempoh jaminan pendek atau tiada jaminan langsung.
  • Hanya dijual oleh ejen dilantik, jika tidak ia diletakkan di kumpulan Set AP

5 - Set Underwater 
  • Jika set original ia dibeli oleh pelajar atau pelancong keluar negara, dibawa masuk sebagai aset persendiriran dan dijual semula
  • Jika ada jaminan yg masih boleh dituntut pembeli perlu menghantar keluar negara
  • Kemungkinan barangan rampasan, atau peranti tulen yg dicuri dinegara lain, walaubagaimanapun ini sukar dipastikan
  • Ia mungkin set jualan pelepasan bawah meja (rasuah) atau yg diseludup tanpa pelepasan dan kebenaran rasmi Kastam dan SIRIM
  • Risiko set klon, tiruan dan palsu sangat tinggi
  • Tiada jaminan, sebarang kerosakan adalah tanggungan sendiri atau penjual (itu pun jika ada jaminan)

Diharap pembaca dapat memahami perbezaan set sebelum membuat keputusan untuk membeli. Harga memang menjadi faktor utama pemilihan tetapi jangan lupa kualiti khidmat selepas jualan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...