PETALING JAYA , 27 Julai  (Bernama) -- Skuad kebangsaan bersedia  sepenuhnya untuk menghadapi Singapura pada perlawanan timbal balik  pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit  Jalil malam Khamis.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal berkata anak  didiknya bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk berdepan  Singapura.
"Apa pun, pada perlawanan hari esok kita perlu mencari gol seawal  mungkin untuk meraih kejayaan dan semua pemain kita faham peranan  masing-masing bila berada di atas padang nanti," katanya pada sidang  berita bersama Ketua Jurulatih Singapura Radojko Avramovic di Wisma FAM  di sini, pada Rabu.
Rajagobal berkata beliau telah mengarahkan anak buahnya supaya memberi  fokus semasa perlawanan untuk mencari kemenangan dan mengurangkan  defisit gol serta mengurangkan kesilapan apabila beraksi nanti.
"Saya tidak fikir bahawa pemain kita akan menghadapi masalah apabila  berdepan dengan ribuan penyokong sendiri esok memandangkan mereka telah  biasa dengan perkara itu," katanya.
Rajagobal berkata beliau juga belum memutuskan sama ada Safee Sali atau  Aidil Zafuan Abd Radzak yang akan diberi tanggungjawab mengetuai  pasukan Harimau Malaya pada Khamis.
Sementara itu, Avramovic berkata pasukannya membuat persediaan rapi  untuk memenangi perlawanan Khamis meskipun beraksi di hadapan 85,000  penyokong Malaysia.
"Kami tidak gentar dan pasukan saya telah bersedia untuk memenangi perlawanan ini," katanya.
Perlawanan pusingan pertama kelayakan kedua di Stadium Jalan Besar di  republik itu pada Sabtu lepas menyaksikan Malaysia tewas 3-5 kepada  Singapura.
Pada perlawanan esok, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya jaringan  2-0 mengatasi Singapura untuk melangkah ke pusingan berikutnya bagi  kelayakan ke Piala Dunia 2014.
Wednesday, July 27, 2011
 
 0 Comments
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Facebook Badge
(SSM - 0011452U)

Blog Archive
- 
        ▼ 
      
2011
(20)
- 
        ▼ 
      
July
(17)
- 3,2,1 Cinta (2011) PPVRip
- Remove facebook virus "Hi, how are you"
- Harimau Malaya Tidak Gentar Hadapi Singapura
- Harimau Malaya Perlu Guna 90 Minit Dengan Sebaiknya,
- 85,000 tiket Malaysia lawan Singapura habis dijual
- Ambiga-Wan Ahmad bersemuka lagi Jumaat ini
- Cara tukar ke Facebook IM chat lama semula (Google...
- Hanya RTM setuju siar video himpunan BERSIH polis
- Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini
- Ribuan penyokong Harimau Malaya serbu kaunter tiket
- Cara mudah untuk mengecilkan saiz gambar
- Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui pengundi hantu
- Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL
- KL Gangster (2011) DVDRip
- Sekali Lagi (2011) DVDRip
- Berita
- Tentang Komputer
 
 
- 
        ▼ 
      
July
(17)
 
 
 
 

