Kenyataan  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar  pemilih  secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu   benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS. "Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u)   SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah   menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan  kayakinan  rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan  mobilisasi  Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u)   SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah   menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan  kayakinan  rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan  mobilisasi  Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
Suhaizan (kanan)   juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila   pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.
Timbalan   Pengerusi SPR  Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata,   pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.
Sehubungan   itu, jelasnya, SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa   pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk   membersihkannya.
Beliau menjawab persolaan yang  ditimbulkan  Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda  di Baling  dan Kuala Nerang.
Boleh batal kemenangan
Wan Ahmad (bawah, berkemeja biru) juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star.
Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit. Ini   kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981   menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.
Ini   kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981   menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.
Sehubungan   itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat,   ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.
"Mana-mana   parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data   pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya.  Ini   merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.
"Oleh  itu  Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja  mengkaji  sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat   bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.
Tuesday, July 26, 2011
Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui pengundi hantu
 
 0 Comments
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Facebook Badge
(SSM - 0011452U)

Blog Archive
- 
        ▼ 
      
2011
(20)
- 
        ▼ 
      
July
(17)
- 3,2,1 Cinta (2011) PPVRip
- Remove facebook virus "Hi, how are you"
- Harimau Malaya Tidak Gentar Hadapi Singapura
- Harimau Malaya Perlu Guna 90 Minit Dengan Sebaiknya,
- 85,000 tiket Malaysia lawan Singapura habis dijual
- Ambiga-Wan Ahmad bersemuka lagi Jumaat ini
- Cara tukar ke Facebook IM chat lama semula (Google...
- Hanya RTM setuju siar video himpunan BERSIH polis
- Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini
- Ribuan penyokong Harimau Malaya serbu kaunter tiket
- Cara mudah untuk mengecilkan saiz gambar
- Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui pengundi hantu
- Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL
- KL Gangster (2011) DVDRip
- Sekali Lagi (2011) DVDRip
- Berita
- Tentang Komputer
 
 
- 
        ▼ 
      
July
(17)
 
 
 
 

