Baginda SAW tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah,
namun apabila berjalan bersama para sahabat, baginda SAW kelihatan lebih
tinggi dari mereka.
Tetapi apabila baginda
berjalan sendirian, baginda nampak sederhana ketinggiannya. Baginda SAW
pernah bersabda bahawa orang yang bertubuh sedang dikurniakan banyak
kebajikan.
Warna kulit baginda adalah azharul-laun – putih gemilang bercahaya - tidak bercampur dengan kuning, merah dan lain-lain.
Keringat baginda seperti mutiara dan berbau lebih harum dari kasturi.
Berambut
ikal yang tidak terlalu lurus dan tidak terlalu keriting. Apabila
baginda menyikat rambut, jadilan seakan-akan jalinan pasir. Rambutnya
mencecah bahu.
Uban pada kepala dan janggutnya masing-masing berjumlah 17 helai.
Wajah
baginda adalah wajah yang tercantik malah lebih cantik dan kacak
daripada Nabi Allah Yusof a.s. dan disamakan dengan bulan purnama.
Dahi
baginda SAW luas, dan kedua bulu keningnya melengkung (ada yang
menyatakan kedua-dua keningnya bersambung) Ruang putih (ablaj) yang
kecil di tengah-tengah
keningnya seolah-olah perak yang putih bersih.
Kedua matanya adalah lapang, sangat hitam mata hitamnya. Bulu matanya tebal.
Berhidung mancung.
Giginya jarang tersusun dengan baik. Baginda tenang dan bercahaya di wajahnya apabila ketawa atau tersenyum.
Kedua
pipinya adalah menurun, tidak meninggi, tidak bermuka panjang, tidak
bermuka bulat. Dipenuhi dengan janggut dan tidak bermisai.
Lehernya
adalah yang terbaik dari semua hamba Allah SWT. Tidak dapat dikatakan
panjang atau pendek. Gambarannya seolah-olah cerek perak yang bercampur
emas yang berkilauan dalam keputihan perak dan kemerahan emas.
Berdada
lebar/agak sasa – seperti cermin ratanya – seperti bulan putihnya.
Tidak berbulu dada kecuali pada sedikit bulu lurus antara dada dan pusat
baginda.
Kedua bahu baginda besar/agak sasa dan terdapat cap kenabian* di antaranya. (Tanda hitam bercampur kuning sedikit)
Tangan baginda besar/agak sasa dan anak-anak jarinya seolah-olah ranting-ranting perak.
Tapak
tangan baginda lebih lembut dari sutera dan berbau harum. Apabila
tangannya diletakkan di atas kepada anak-anak kecil, nescaya dikenali
anak-anak kecil berkenaan bahawa itu adalah baginda SAW menerusi
keharuman tangannya.
Kakinya juga besar/agak sasa.
Tubuh baginda sederhana besar dan seolah-olah tidak dimamah usia dari baginda muda sehinggalah akhir hayatnya.
Baginda
berjalan seolah-olah menuruni batu besar, melangkah condong dan
al-huwaina – berdekatan langkah kaki tanpa berlenggang. Baginda bersabda
bahawa rupa paras/bentuk tubuh/budi pekerti/akhlak baginda adalah
menyamai Nabi Allah Adam a.s. dan Nabi Allah Ibrahim a.s.