Saturday, June 2, 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.

khutbah ini telah disampaikan pada 9hb.zulhijjah 10H di lembah uranah,gunung arafah...




''wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yg hendak ku katakan.aku tidak mengetahui apakah aku akan dpat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini.oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku inidan sampaikanlah ia kepada orang-orang yg tidak dapat hadir.wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci..kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak..janganla kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi..ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu...Allah telah mengharamkan riba..oleh itu,segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang...berwaspadalah terhadap syaitandemi keselamatan agama kamu..dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar..maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil..


wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang..layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia..dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tdak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina..


wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah...dirikanlah sembahyang lima kali sehari...berpuasalah di bulan ramadhan...dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu...kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu...


ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain..kamu semua adalah sama..tidak seorang pun lebih mulia dari yg lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh...ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan..oleh itu awasilah agar jangan sesekali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku...


wahai manusia,tidak ada lagi nabi atau rasul yg akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru..oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu...sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya....itulah AL-QURAN dan SUNNAHku..........


hendaklah orang-orang yg mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain..semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.


saksikanlah YA ALLAH....bahawasanya telah aku sampaikan risalah MU kepada hamba-hambaMU....

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...