Kemudian diciptakan Allah pula ADAM sebagai manusia yang pertama, untuk
menghuni di bumi luas yang sudah terbentang, beranak dan berketurunan
menjadi manusia banyak, berpuak-puak dan berbilang bangsa, berselerak ke
seluruh pelosok bumi. Maksudnya manusia itu diciptakan Allah, ialah
agar manusia itu menyembah dan sentiasa mentaati segala perintahNya
serta juga menjadi pengatur bumi yang tidak teratur; bercucuk tanam,
mendirikan rumah, memelihara ternakan, dan sebagainya.
Allah
memberitahu maksudNya kepada para Malaikat,"Aku ingin mencipta manusia
untuk menguruskan muka bumi". Para Malaikat lalu menjawab, "Apakah
manusia yang Engkau ciptakan itu untuk mengurus bumi, ya Tuhan kami?
Tidakkah manusia itu nanti akan merosakkan bumi dan akan menumpahkan
darah berbunuhan? Berbanding dengan kami yang sentiasa patuh dan
memuliakan Engkau". Lalu Allah menjawab. "Aku lebih mengetahui apa yang
kamu tidak mengetahui".
Ya, Tuhanlah yang lebih tahu rahsia apa
yang terkandung dari kejadian manusia ini. Tuhanlah yang lebih tahu
kenapa kita manusia yang diciptakan Tuhan untuk mengatur bumi, sekalipun
Tuhan tentu sudah tahu pula, bawah manusia di permukaan bumi ini akan
berbuat kerosakan, akan bersilang sengketa, akan berbunuh bunuhan
menumpahkan darah. Tetapi janganlah sampai kita lupakan, bahawa Tuhan
juga tahu, bahawa tidak semuanya manusia itu perosak, tidak semua
manusia suka bersengketa dan berbunuh bunuhan. Di antara manusia yang
banyak itu, ada banyak pula yang baik, yang selalu berbuat kebajikan
terhadap sesama manusia, selalu berusaha dan berjuang untuk keselamatan
dan kebahagiaan hidup manusia.
Setelah mendengar jawapan Allah
yang pendek, tetapi mempunyai erti dan maksud yang amat dalam itu, semua
Malaikat menjadi diam, tidak menjawab lagi. Hanya berkata dengan
berbisik antara sesama mereka: "Memang benar! Tuhan kita Maha Mengetahui
segala sesuatu, dari perkara yang sekecil-kecilnya sampai kepada
perkara yang sebesar besarnya. Ia mengetahui segala yang zahir dan yang
batin, yang kelihatan oleh mata dan yang tidak kelihatan. Tidak ada satu
perkara dan kejadian yang bagaimana juga kecilnya yang terjadi di
langit dan di bumi atau antara keduanya yang tak diketahui oleh Tuhan."
Apa
saja yang Allah ciptakan, tentu ada guna dan faedahnya, tentu ada
maksud dan tujuannya. Tidak satu benda pun yang diciptakan Allah akan
sia sia. Hanya kita sendiri yang tidak atau belum mengetahuinya. Allah
meneruskan firmanNya terhadap para Malaikat itu: "Manusia itu, iaitu
Adam, akan Aku ciptakan dari tanah. Apabila sudah terbentuk dan selesai,
akan Aku hembuskan kepadanya rohKu, agar dia menjadi hidup, dapat
bergerak, berperasaan, berpengertian dan berkesedaran. Bila Adam sudah
menjadi hidup dengan pengertian dan kesedaran, hendaknya kamu sekalian
sujud memberi hormat kepadanya."
Malaikat adalah suatu makhluk
Allah yang mempunyai kesedaran yang amat tinggi. Dengan kesedaran yang
amat tinggi itu, mereka menjadi makhluk yang mulia, selalu bertasbih dan
beribadat mensucikan, membesarkan dan memuji muji Allah, selalu taat
menjalankan apa saja yang diperintahkan Allah kepada mereka. Mereka tak
pernah derhaka atau melanggar perintah Allah, tanpa makan dan minum,
tanpa rehat atau tidur, mereka selalu melaksanakan segala macam tugas
yang di bebankan Allah atas mereka masing masing sampai hari kiamat.
Bila mereka itu makhluk yang tinggi dan mulia, mengapa Allah
memerintahkan mereka untuk sujud atau menghormati Adam? Apakah Adam atau
manusia lebih tinggi dan lebih mulia daripada Malaikat?
Pertama
kita harus ingat, bahawa Allah memerintahkan Malaikat sujud kepada Adam,
bukanlah dalam erti menyembah, melainkan dengan erti menghormati.
Menghormati Adam tidak dapat diertikan menghormati manusia anak cucu
Adam. Jadi penghormatan ini khusus terhadap peribadi Adam. Mengapa
peribadi Adam harus dihormati oleh para Malaikat? Hal ini disebabkan
oleh kerana peribadi Adam mempunyai keistimewaan yang banyak sekali dan
luar biasa, yang tidak dipunyai oleh manusia manusia lain atau makhluk
yang mana pun juga. Keistimewaan keistimewaan yang luar biasa itu adalah
sebagai berikut:
Adam adalah manusia pertama. Sebelum Adam,
belum ada manusia. Seluruh manusia selain Adam, semuanya adalah
keturunan Adam. Di antara manusia keturunan Adam itu, ada yang menjadi
Nabi dan Rasul, menjadi orang orang suci. Di antaranya ada orang pandai
dalam berbagai bidang, yang menyebabkan kemajuan hebat bagi manusia dari
abad ke abad. Lihatlah kemajuan anak cucu Adam yang hidup di dalam abad
kedua puluh sekarang ini. Sekalipun ada pula di antara anak cucu Adam
sendiri yang menjadi perosak dan penjahat. Sebab itu, memang sudah
sepatutnya kalau para Malaikat memberikan penghormatan atau sujud kepada
Adam sebagai manusia pertama dan mempunyai turunan yang hebat itu.
Adam
diciptakan Allah dengan tangaNya sendiri. Sedangkan makhluk lain,
seluruhnya diciptakan Allah dengan perkataanNya: "Bila Allah menghendaki
sesuatu, Ia hanya berfirman: Jadilah! Maka jadilah apa yang dikehendaki
Allah itu." Hanya Adam, yang Allah ciptakan dengan kedua tanganNya.
Demikianlah menurut al-Quran. Sedang menurut Hadis, selain Adam, juga
'Arasy dan Syurga yang diciptakan Allah dengan tanganNya. Maka sudah
sepatutnya kalau para Malaikat diperintahkan Allah untuk menghormati
Adam. kerana ia diciptakan Allah dengan tanganNya, Adam sungguh suatu
makhluk yang terhormat tiada taranya di alam ini.
Selain manusia
pertama yang diciptakan Allah dengan tanganNya, Adam adalah pula seorang
Nabi, seorang yang mendapat wahyu dari Allah. Menurut sebahagian Ulama,
para Nabi dan Rasul memang sama darjat kemuliaannya dengan para
Malaikat. Bahkan ada di antara Ulama yang berpendapat bahawa Nabi dan
Rasul itu darjat kemuliaannya melebihi para Malaikat, sebab Jibrail
sebagai Malaikat tertinggi, ditugaskan pula menjadi perantara antara
Allah dengan para Nabi dan Rasul itu.
Seperti halnya dengan para
Malaikat, maka Adam pun mempunyai kesedaran dan pengertian (akal),
sehingga Adam dan keturunannya dapat menyedari dan mengerti akan
kebesaran Allah yang menciptakan dirinya dan seluruh alam, dapat
menyedari dan mengerti akan perintah perintah dan larangan Allah.
Adam
dan manusia diciptakan Allah dalam sebaik baiknya kejadian, kerana dia
terdiri dari jasmani dan rohani (roh, akal, hati dan nafsu), sehingga ia
menjadi suatu makhluk yang beradab dan berkebudayaan, terus maju tidak
beku.
Adam dan keturunannya diciptakan Allah untuk menjadi
Khalifah (penguasa atau pengatur) di bumi, sebagaimana Allah menciptakan
Malaikat sebagai Khalifah di langit.
kerana menyedari akan
kedudukan dan kemuliaan Adam, para Malaikat dapat mengerti akan perintah
Allah untuk menghormati Adam. Mereka lalu menjawab: "Baiklah, ya Tuhan
kami. Kami dengar dan kami taati segala perintahMu." Allah lalu
menciptakan Adam dari tanah dengan tanganNya sendiri. Berbentuk seperti
bentuk kita manusia sekarang ini. Iaitu berkepala, berbadan, bertangan
dan berkaki. Lalu Allah hembuskan roh kepadanya, sehingga Adam menjadi
hidup.
Adam menggerakkan kedua tangan dan kakinya, lalu ia bersin
(batuk), sehingga bergerak sekujur badannya, terbuka kedua matanya,
bergerak jantung dan paru parunya. Sekaligus ketika Adam membuka kedua
matanya, melihat seluruh alam di sekitarnya, timbullah pengertian dan
kesedaran, dan dengan pengertian dan kesedaran itu, dia mengucap:
Alhamdulillahi Rabbil Alamin (Segala pujian bagi Allah yang mengatur
seluruh alam). Para Malaikat kagum sekagum kagumnya melihat dan
mendengar ucapan pertama yang keluar dari mulut Adam. Satu ucapan yang
berisi pengertian dan kesedaran tertinggi. Pengertian dan kesedaran
bahawa alam ini seluruhnya diciptakan dan diatur oleh Allah, sebab itu
Allah selamanya harus selalu disanjung dan dipuji.
Para Malaikat
serentak menjawab ucapan Adam: "Yarhamukallahu, ya Adam." Ertinya: Allah
selalu menumpahkan rahmatNya kepada engkau, ya Adam, dan selamatlah.
Para Malaikat lalu beratur mengelilingi Adam, lalu sujud dan menghormati
kepada Adam, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka.
Hanya Iblis yang tak mahu sujud dan tidak mahu menghormati Adam. Dia
tetap berdiri dan membangkang dengan sombongnya, tidak mahu menjalankan
apa yang diperintahkan Allah.
Allah lalu berkata kepada Iblis itu:
"Bukankah engkau juga makhluk ciptaanKu, yang juga harus tunduk dan
menjalankan perintahKu? Tetapi kenapa engkau tidak sujud dan tidak
memberi hormat terhadap Adam sebagaimana Aku perintahkan?"
Iblis
menjawab: "Engkau ciptakan aku dari api dan Adam dari tanah. Api lebih
mulia dari tanah. Itu bererti yang aku lebih mulia dari Adam. Maka tidak
sepatutnyalah aku sujud dan hormat terhadap Adam itu."
Mendengar
bantahan Iblis itu, Tuhan menjadi marah, lalu berkata kepada Iblis:
"Tempat ini (Syurga) bukan tempat orang yang menyanggah terhadap Aku.
Sekarang juga, engkau harus keluar dari sini."
Sesudah keluar dan
terusir dari Syurga, Iblis kembali menyanggah dan berkata kepada Allah:
"Ya, Tuhan! Engkau usir aku dari Syurga ini kerana Adam. Aku bersumpah,
bahawa aku dengan semuaanak keturunanku akan memusuhi Adam dan semua
anak dan keturunannya buat selama lamanya. Mereka akan aku sesatkan.
Mereka akan aku celakakan. Aku akan ajak dan anjurkan kepada mereka
untuk berbuat keburukan dan kerosakan di dalam dunia ini nanti, agar
kehidupan mereka selamanya susah dan kacau bilau belaka."
Mendengar
ancaman Iblis itu, Allah lalu berkata: "Untuk menghindarkan tipu daya
mu itu, kepada manusia akan Aku beri suatu senjata yang ampuh, ialah
akal. Akal itu akan Aku bimbing dengan petunjuk petunjuk (agama),
Manusia yang tetap mempergunakan akal dan menurut petunjuk petunjukKu
tidak akan dapat engkau sesatkan dan perdayakan. Dengan akal itu, mereka
akan dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Dengan tuntunan
petunjukKu, akal mereka akan mempunyai daya berfikir yang benar. Sesiapa
yang tak menggunakan akal dan tidak menurut petunjukKu, tentu dapat
engkau goda dan sesatkan. Ini akan dipertanggung jawabkan di hadapanKu
nanti dihari kemudian (Akhirat). Mendengar keterangan Allah itu, Iblis
terdiam. Tetapi hatinya makin mendongkol, irihati dan dengkinya terhadap
manusia bertambah memuncak.
Dia berpaling kepada Adam. Mata dan
seluruh perhatiannya sekarang ini ditujukannya kepada Adam. Dia ingin
tahu di mana letak kelemahan kelemahan jasmani dan rohani manusia. Adam
dipelajarinya dari segala segi. Akhirnya Iblis berkesimpulan bahawa
manusia itu selain mempunyai kekuatan berfikir, iaitu akal yang amat
hebat itu, juga mempunyai banyak kelemahan kelemahannya. Di samping akal
itu, manusia mempunyai nafsu. Dan nafsu itu banyak sekali macam
ragamnya. Ada nafsu terhadap makanan dan minuman, ada nafsu kelamin atau
syahwat, ada nafsu terhadap harta benda dan kekayaan, terhadap rumah
tempat tinggal dan kenderaan dan ada pula nafsu terhadap pangkat dan
kedudukan yang tinggi di tengah tengah sesama manusia. Di tiap tiap
macam nafsu, tabiat dan karakter, terdapat banyak sekali pintu pintu
atau lubang lubang kelemahan dan setiap waktu dapat dimasuki oleh Iblis
untuk memperdayakan dan mengacaukan kehidupan manusia
Setelah
melihat semua kelemahan itu, Iblis ketawa kecut. Dia ketawa dan gembira,
kerana berhasil melihat kelemahan manusia. Tetapi hatinya menjadi kecut
dan takut, bahawa manusia di samping mempunyai kekuatan yang hebat,
iaitu akal, juga dengan akal itu dapat menerima petunjuk petunjuk Tuhan.
Petunjuk Allah itu adalah merupakan satu benteng berlapis waja yang
tidak mungkin dapat ditembus oleh Setan dan Iblis.
Iblis dari semula
mengakui akan kelemahan dirinya menghadapi manusia yang sedar dan iman
yang berbentengkan petunjuk Allah dalam hidupnya. Bahkan kalau kita
manusia mengerti dan sedar pula akan kelemahan Iblis dan kekuatan rahsia
dari keimanan yang penuh terhadap Allah dan petunjuk petunjuk Allah,
manusia akan selamat dalam kehidupan dunia dan akhiratnya dan akan
terhindar dari tipu muslihat Iblis atau kesesatan dalam hidup.
Iblis
adalah satu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan gelap. Sedang
keimanan terhadap Allah dan petunjuk petunjuk Ilahi adalah pula satu
kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan terang atau cahaya. Bila
suatu tempat tidak dimasuki oleh cahaya, pasti tempat itu diisi oleh
gelap. Bila tempat yang gelap itu dimasuki cahaya, pasti gelapnya
lenyap. Begitu pulalah manusia sebagai tempat. Bila dia kosong dari
keimanan dan petunjuk Ilahi, akan bermaharajalelalah Setan dan Iblis
atas dirinya. Tetapi bila manusia mempunyai keimanan di dada dan selalu
disiram dengan petunjuk petunjuk Ilahi, segala daya Iblis tak mampu
memperdayakan.
Kepada Adam diajarkan Tuhan pengetahuan pokok
untuk dapat hidup di permukaan bumi. Allah mengajarkan kepada Adam nama
dari tiap sesuatu.
Untuk sekadar membuktikan kepada para Malaikat,
bahawa manusia layak menjadi Khalifah dibumi, dan patut mendapat
penghormatan dari Malaikat, Allah lalu memanggil Adam dan Malaikat
supaya berkumpul.
Kepada Malaikat Allah lalu berfirman: "Cuba kamu
sebutkan nama dari tiap tiap sesuatu yang terdapat di permukaan bumi
itu, sekiranya kamu mengetahuinya."
Dengan merendahkan diri
serendah rendahnya, Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau, ya Tuhan kami!
Kami tidak mengetahui nama nama dari semua itu. Pengetahuan kami hanya
sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Hanya Engkau saja, ya
Allah, yang mengetahui segala galanya."
Allah lalu berkata kepada Adam: "Hai, Adam! Sekarang cuba engkau sebutkan nama dari benda benda itu semuanya!"
Dengan segera Adam menyebutkan nama dari tiap tiap benda yang dihadapkan Allah kepadanya, di hadapan kesemua Malaikat.
Kemudian
itu Allah lalu berfirman kepada Malaikat: "Bukankah Aku sudah katakan
kepada kamu sekalian, bahawa Aku mengetahui apa yang kamu tidak
mengetahui, tentang rahsia rahsia langit dan bumi, Aku mengetahui apa
yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan."
Buat Adam diberi
Allah tempat di dalam Syurga. Makanan dan minuman tersedia serba cukup.
Begitu juga apa saja yang ia inginkan. Tetapi sayang, Adam tinggal di
Syurga itu seorang diri, sebatang kara. Tempat yang sebagaimana
bagusnya, makanan dan minuman yang bagaimana juga lazatnya tidaklah
memberikan kepuasan dan kebahagiaan yang sempurna.
Manusia memerlukan
teman, sekalipun hanya seorang, dengan siapa dia dapat mengemukakan
suka dan dukanya, atau kasih dan sayangnya. Teman inilah yang tak
dipunyai oleh Adam, sekalipun dia sudah mempunyai Syurga dengan segala
kesenangannya. Sebab itu hidupnya selalu dalam kesepian. Allah tahu akan
penderitaan yang berupa kesepian yang di derita oleh Adam di dalam
Syurga itu. Dan Allah kasihan melihatnya. Oleh kerana itu Allah akan
menciptakan makhluk baru yang sama dengan Adam, tetapi jenis wanita,
untuk menyempurnakan segala kekurangan dan kesepian dalam hidup Adam,
untuk menjadi isterinya. Dengan tujuan yang lebih tinggi, ialah untuk
meramaikan permukaan bumi, untuk membuat sejarah kebudayaan yang lebih
menarik.
Sejurus kemudian, Adam mengantuk, lalu tertidur. Di kala
dia tertidur itulah, Allah s.w.t. menciptakan manusia kedua, jenis
wanita, isteri Adam yang bernama Hawa. Setelah Adam terbangun dan
membuka kedua matanya, dia melihat seseorang berdiri di samping, orang
yang belum pernah dilihat Adam sebelumnya. Orang itu dipersilakan Adam
duduk di sampingnya, dan kepadanya Adam lalu bertanya: "Siapakah engkau,
dan siapa namamu?" Hawa menjawab: "Saya adalah wanita, dan aku belum
tahu akan namaku sendiri." Bukan main senang dan gembiranya Adam melihat
wanita itu berkata dan menggerak gerakkan badannya.
"Engkau aku
beri nama Hawa ertinya: Orang yang aku rindukan," kata Adam kepadanya.
Para Malaikat datang dan bertanya kepada Adam: "Siapakah nama temanmu
itu, ya Adam?" "Namanya Hawa," sahut Adam.
Dengan isterinya yang
bernama Hawa ini hilanglah kesepian dalam hidup Adam. Keduanya hidup
berbahagia di dalam Syurga, aman dan tenteram, tak kenal takut dan
lelah, makan-minum sepuas puasnya, kerana segala galanya tersedia serba
cukup.
Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Tinggallah
engkau dengan isterimu di dalam Syurga ini. Makan dan minumlah sepuas
puasnya. Tetapi awas, janganlah engkau berdua memakan buah dari pohon
ini. Bila engkau berdua memakannya, bererti engkau berdua melanggar
perintahKu, dan engkau berdua akan mengalami kerugian besar, dan bererti
aniaya terhadap dirimu sendiri."
Selain buah Khuldi itu, di
dalam Syurga terdapat banyak dan bermacam ragam buah buahan. Semuanya
boleh dimakan oleh Adam dan Hawa. Hanya buah Khuldi itu saja yang
dilarang oleh Allah memakannya, agar dengan larangan itu, dapatlah Adam
dan Hawa menahan hawa nafsunya, dan dengan adanya larangan itu Adam dan
Hawa diuji tentang ingatan dan ketaatannya terhadap Allah. Kerana hanya
dengan ketaatan inilah Allah dapat memberikan kesempatan bagi manusia
untuk tetap tinggal di dalam Syurga bersenang senang dan berbahagia.
Allah
memberikan peringatan kepada Adam dan Hawa agar keduanya menjauhkan
diri dari Iblis, jangan sampai menurutkan anjuran dan ajakan Iblis,
kerana Iblis sudah terang terang menyatakan dirinya sebagai musuh Adam
dan anak cucunya buat selama lamanya, dan akan selalu sedaya upaya siang
dan malam dengan tidak rasa letih dan tidak bosan bosan, untuk
menjauhkan Adam dan semua anak cucunya dari kebahagiaan hidup.
Allah
berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Iblis itu adalah musuhmu dan musuh
isterimu. Dia akan selalu menggoda engkau berdua agar engkau berdua
terusir pula dari Syurga ini, sehingga engkau berdua hidup sengsara. Di
Syurga ini engkau berdua dapat hidup bahagia, tidak akan menderita lapar
dan susah."
Begitulah Adam dan Hawa tinggal di dalam Syurga.
Hidup senang dan bahagia, riang dan gembira. Sedang Iblis yang sudah
diusir dari Syurga, selalu berikhtiar untuk dapat masuk Syurga kembali,
guna menipu dan memperdayakan Adam dan isterinya.
Pada suatu
kali, Iblis berhasil dapat masuk ke dalam Syurga, bertemu dengan Adam
dan isterinya. Iblis segera membujuk dengan berkata: "Hai, Adam! Aku
datang untuk memberi nasihat yang baik kepadamu. Mahukah kamu aku
tunjuk, bahawa di sana itu ada satu pohon yang amat lazat cita rasa
buahnya. Bila buah yang lazat itu engkau makan, maka engkau dapat
tinggal tetap di dalam Syurga ini buat selama lamanya, dan Syurga ini
dapat engkau miliki sebagai satu kerajaan yang tak akan rosak buat
selama lamanya bagi engkau berdua."
"Buah apakah gerangan yang
engkau maksudkan itu?" tanya Adam kepada Iblis. Iblis menunjuk ke arah
pohon Khuldi yang sudah dilarang oleh Allah memakannya. Melihat isyarat
Iblis itu, tahulah Adam bahawa Iblis sudah mulai menggoda dan
menyesatkannya. Adam lalu berpaling menjauhkan diri dari Iblis.
Tetapi
Iblis tak lekas putus asa. Dia mendapat kesempatan yang kedua bertemu
dengan Adam dan Hawa. Segera pula dia membujuk bujuk: "Larangan Tuhan
kepada engkau berdua memakan buah Khuldi itu, dimaksudkan jika engkau
berdua adalah Malaikat. Sedang engkau berdua bukan Malaikat. Jadi engkau
berdua tidak terlarang memakannya." Adam dan Hawa tidak mengacuhkan
pujukan halus itu. Keduanya berpaling dan menjauhkan diri dari Iblis
itu.
Sebagai telah diterangkan, ketika Iblis terusir dari Syurga,
ia bersumpah di hadapan Allah bahawa ia dan anak keturunannya sampai
hari kiamat akan berusaha menyesatkan Adam dan anak keturunannya. Bila
ia gagal dalam usahanya yang pertama dan kedua, ia tidak akan berputus
asa, pasti ia akan berusaha untuk ketiga, keempat sampai ke sekian juta
kalinya dalam menyesatkan dan menggoda manusia Ia tahu betul, bahawa
salah satu kelemahan manusia itu, ialah sering lupa. Iblis menunggu satu
waktu, di mana Adam dan Hawa sudah lupa akan perintah Allah yang
melarangnya memakan buah terlarang itu.
Pada suatu ketika,
setelah diselidikinya, Iblis tahu betul bahawa Adam dan Hawa dalam
berlengah lengah kerana kesenangan di Syurga itu. Dan Iblis tahu betul
bahawa Adam dan Hawa di saat itu sudah merasakan agak lapar atau dahaga.
Ia masuk mendapatkan Adam dan Hawa setelah ia memetik sendiri akan buah
yang terlarang itu. Langsung dia berkata kepada Adam dan Hawa:
"Makanlah buah ini, demi Allah, aku ini bukan membujuk dan menyesatkan
kamu, melainkan semata mata memberi nasihat yang baik, agar kamu berdua
dapat menetap di Syurga ini untuk selama lamanya. Makanlah buah ini,
makanlah!"
Mendengar Iblis bersumpah dengan menyebut nama Allah,
Adam dan Hawa mulai berfikir: "Tentu seorang tak akan berani bersumpah
dengan menyebut nama Allah dengan sumpah yang bohong. Iblis itu tentu
berkata benar." Di saat Adam dan Hawa mulai ragu ragu terhadap kebenaran
perkataan Iblis itu, Iblis menyogokkan buah Khuldi itu kepada Adam dan
Hawa. Melihat buah yang ranum dan harum semerbak itu, selera Adam dan
Hawa mulai tertarik kepadanya. Adam dan Hawa lalu lupa akan larangan
Allah yang melarangnya memakan buah itu. Buah itu diambilnya lalu
dimakannya.
Baru saja buah Khuldi itu masuk ke dalam rongga perut
Adam dan Hawa, maka lenyaplah pakaian yang menutup aurat keduanya,
sehingga kedua suami isteri itu menjadi telanjang. Kedua duanya pandang
memandang dengan perasaan malu yang tak terhingga. Keduanya segera
menyembunyikan diri agar tidak dilihat Allah. Keduanya memetik dua helai
daun kayu yang terdapat di dalam Syurga, untuk menutup aurat masing
masing.
Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Apakah
engkau lari dari Aku?" Jawab Adam: "Bukan aku lari dari Engkau, ya
Allah, tetapi aku malu dan takut kepada Engkau." Berkata Allah:
"Bukankah Aku sudah melarang kamu berdua memakan buah itu! Dan Aku
katakan pula, bahawa Iblis itu adalah musuhmu yang nyata? Tetapi kenapa
engkau berdua masih memakan buah yang Aku larang itu?"
Dengan
menundukkan kepala serendah rendahnya, Adam dan Hawa minta ampun dan
taubat kepada Allah: "Ya Allah Tuhan kami! Kami sudah aniaya terhadap
diri kami. Kalau Engkau tidak sudi kiranya mengampuni dan mengasihani
kami, sungguh kami akan merugi dan sengsara berpanjangan."
"Ya, Aku perintah, tapi engkau berdua melanggar perintahku," kata Allah pula.
"Maafkan dan ampunilah kiranya kami ini, ya Tuhan," kata Adam dan Hawa serentak.
Kembali
Tuhan berfirman dengan marah: "Aku telah beri tempat engkau berdua di
SyurgaKu ini, dan Aku sediakan segala apa yang engkau inginkan. Hanya
Aku larang engkau berdua memakan buah Khuldi itu. Apakah buah Khuldi itu
lebih berharga bagi engkau berdua daripada Syurga dengan segala isinya
ini?"
Sahut Adam: "Sungguh tak aku kira Tuhan, Iblis berani berkata bohong kepadaku dengan menyebut namaMu."
Allah
lalu memutuskan dengan firmanNya: "Demi kemuliaanKu. Engkau berdua
harus meninggalkan Syurga ini, turun ke bumi yang sudah lama terbentang,
di mana engkau berdua juga dapat hidup, tetapi harus dengan bersusah
payah, dan dengan mencucurkan keringat, kadang-kadang juga airmata."
Dengan
mata berlinang, sedih dan takut, Adam bersimpuh menundukkan kepala di
hadapan Tuhan minta ampun: "Tuhanku! Tuhanku! Ampunilah aku, ampuni
aku."
Terhadap Adam, Hawa dan Iblis, Allah menetapkan putusan yang
tak dapat diubah lagi dengan berfirman: "Kamu semua harus turun ke bumi.
Di sanalah tempatnya bagi kamu untuk hidup bermusuh musuhan, tipu
menipu, perdaya memperdayakan, berhasad dan dengki. Aku beri kesempatan
kepada masing masing kamu untuk hidup di bumi ini di dalam waktu yang
terbatas, juga dengan segala macam kesenangan dan kesusahan yang
terbatas pula. Nanti akan datang ajal kepada masing masing kamu, lalu
masing masing kamu akan Aku panggil kembali kepadaKu, untuk
mempertanggung jawabkan apa yang kamu sudah lakukan selama hidup di muka
bumi itu."
Airmata semakin banyak jatuh bercucuran dari mata
Adam dan Hawa. Keduanya menangis tersedu sedu, sambil menanggungkan
sesal yang tak terkira hebatnya atas kesalahan, lantaran godaan Iblis.
Kepada Adam dan Hawa kembali Allah berfirman: "Di bumi, kamu akan selalu
didatangi dan di goda oleh Iblis dan semua anak cucu dan kakitangannya.
Di bumi, kamu akan menghadapi penjuangan yang berat menghadapi mereka.
Tetapi kamu jangan takut. Kepadamu dan anak cucumu akan Aku turunkan
petunjuk petunjuk (ajaran-ajaran agama). Siapa di antara kamu dan anak
cucumu itu yang senantiasa mengikuti petunjukKu itu, dia tidak akan
tersesat dan tidak akan sengsara."
Tak lama kemudian, tibalah
Adam dan Hawa di permukaan bumi yang fana. Diterimanyalah wahyu Ilahi
yang pertama yang menyatakan, bahawa Allah sudah berkenan mengampuni
dosa dan menerima taubat Adam dan Hawa. Sungguh Allah suka memberi
ampunan dan taubat bagi siapa saja di antara hambaNya yang merasa
dirinya bersalah dan suka minta ampun dan taubat
Cerita Adam yang
memakan buah terlarang, lalu dikeluarkan dari Syurga dan ditempatkan di
bumi ini, sudah menyesatkan banyak manusia dari dahulu sampai sekarang.
Mereka katakan bahawa dengan perbuatan Adam itu maka dia sudah berdosa
sebesar besar dosa,sehingga Adam diusir Allah ke bumi ini. Bahkan bukan
hanya Adam dan Hawa saja yang berdosa besar, melainkan juga seluruh anak
keturunannya sampai hari kiamat. Demikian hebat dan besarnya dosa Adam
dan keturunannya dengan kesalahan tersebut, tidak dapat diampuni begitu
saja, sehingga Allah kerana kasihNya, menjelma menjadi anak manusia
melalui perut seorang wanita, lalu mati di tiang salib untuk menebus
dosa tersebut.
Untuk menghindarkan manusia dari kesesatan yang nyata
ini, Allah telah mengutus RasulNya yang terakhir, iaitu Muhammad s.a.w.,
untuk menyampaikan wahyu wahyu dari Allah, iaitu al-Quran. Berulang
kali dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa Adam melanggar perintah
Allah itu, adalah semata mata kerana terlupa sama sekali bukan kerana
sengaja. Sebab itu, Adam dianggap Allah hanya tersalah, dan bukan
berdosa yang tidak terampun. Semua kesalahan yang dilakukan manusia
kerana lupa, tidaklah dianggap Allah sebagai dosa. Apalagi kesalahan
Adam ini hanya sekadar memakan sebiji buah, tidaklah dapat dianggap
sebagai kesalahan besar, melainkan hanya suatu kesalahan yang amat kecil
dan kecil sekali.
Tetapi bagaimanapun kecilnya kesalahan ini,
kerana kesucian dan kesedarannya yang amat tinggi itu, Adam sangat
menyesal, Adam mengeluh, Adam minta ampun dan taubat. Seorang yang dapat
menyedari akan kesalahannya, bukanlah orang yang berdosa, melainkan
seorang yang amat mulia, seorang yang amat suci.
Berulang ulang
pula di dalam al-Quran diterangkan, bahawa Allah sudah berkenan
mengampuni kesalahan Adam yang kecil itu. Bahkan bukan hanya diampuni
dan diberi taubat saja oleh Allah, melainkan kerana kesedarannya dan
penyesalannya itu, Adam menjadi manusia yang terpilih, diberi petunjuk
dan diangkat Allah menjadi Nabi. Adalah suatu kesesatan yang nyata,
menganggap seorang Nabi orang berdosa.
Begitu pun tentang
dikeluarkannya Adam dan Hawa dari Syurga, lalu dipindahkan dan
ditempatkan di bumi ini, bukanlah menunjukkan bahawa Adam berdosa.
Kerana bukankah telah diterangkan bahawa sebelum Adam melakukan
pelanggaran tersebut, Allah sudah menyatakan kepada seluruh Malaikat,
bahawa Adam itu diciptakan Allah untuk menjadi Khalifah di bumi ini.
Ertinya bahawa Adam dan anak cucunya, diciptakan Allah untuk menghuni
bumi yang sudah terbentang luas. Adalah suatu kesesatan yang nyata pula,
kalau di katakan bahawa manusia ditempatkan di bumi ini, kerana dosa
dan kesalahan yang telah diperbuat Adam dan Hawa. Umat Islam harus
membersihkan diri dari kesesatan yang nyata ini.
Adam menurut
ajaran agama kita Islam, selain manusia pertama, juga seorang Nabi dan
Rasul. Kita umat Islam diwajibkan beriman kepada semua Nabi dan Rasul,
serta mempercayai bahawa setiap Nabi dan Rasul itu harus bersih dari
segala dosa, sekalipun sebagai manusia mungkin saja tersalah, iaitu
kerana lupa dan lain lain. Kesalahan bukan dosa. Nabi nabi dan Rasul
rasul yang lain pun pernah pula tersalah kerana lupa. Nabi Muhammad
s.a.w. pernah tersalah, iaitu mengakhiri sembahyang asar yang seharusnya
empat rakaat, sesudah beliau baru saja melakukannya dua rakaat. Setelah
diperingatkan oleh para Sahabat yang menjadi makmumnya, barulah beliau
sedar, dan beliau langsung meneruskan sembahyang tersebut sampai empat
rakaat.
Lebih hebat lagi kesesatan sebahagian manusia yang
mengatakan bahawa: kesalahan Adam itu menjadi dosa pula bagi semua anak
cucunya sampai hari kiamat, yang mereka katakan dosa asal. Padahal semua
manusia yang baru lahir, bersih dari segala dosa, sekalipun ibu bapanya
berdosa atau bersalah. Tidaklah adil dan patut kalau seorang ibu atau
bapa berdosa, lalu anaknya dianggap berdosa pula kerana dosa ibu dan
bapanya itu. Dosa itu baru timbul sesudah seorang anak menjadi baligh
dan berakal (aqil baligh), kerana perbuatannya sendiri.
Alangkah
hebatnya dosa orang yang membawa manusia kepada agama kepercayaannya
yang setiap waktu secara berulang ulang mengatakan bahawa Nabi Adam
berdosa. Mengambinghitamkan seorang manusia suci, Nabi dan Rasul, iaitu
Adam, untuk mendapatkan pengikut, bukanlah suatu perbuatan yang suci,
melainkan sebaliknya, suatu perbuatan yang tercela dan berdosa pula.
Kisah
Adam yang demikian itu disampaikan Allah kepada manusia dengan
perantaraan Kitab SuciNya al-Quran, adalah sebagai pelajaran dan
peringatan bahawa kita manusia sekalipun makhluk terbaik dan mulia
tetapi tetap mempunyai kelemahan. Di antara kelemahan manusia itu ialah
sifat pelupa. Dan di saat kita lupa itu, kita dapat diperdayakan dan
disesatkan oleh Iblis. Hendaknya berhati hati sekali jangan sampai dapat
disesatkan oleh Iblis itu.
MULAI HIDUP BERKETURUNAN
Alangkah
terkejutnya Adam dan Hawa setibanya di permukaan bumi ini. Sungguh
besar perbezaan Syurga dengan Bumi, seperti perbezaan siang dengan
malam. Di lihat Adam dan Hawa bahawa bumi ini penuh dengan hutan
belantara. Penuh dengan pokok pokok yang besar dan bercabang cabang.
Di
dalamnya hidup segala macam binatang buas yang selalu hendak menerkam
mangsanya. Singa, harimau, gajah, beruang, ular dan lain-lain
sebagainya. kerana takutnya terhadap binatang buas itu, Adam dan Hawa
dengan bersusah payah, berdaya upaya mencari tempatuntuk bersembunyi. Di
salah satu dataran tinggi, didapati Adam dan Hawa sebuah gua yang agak
luas. Di sanalah mereka menetap dan bersembunyi.
Tetapi akhirnya
Adam dan Hawa merasa dahaga dan lapar. Dengan bersusah-payah pula,
keduanya harus keluar dari gua mencari air untuk diminum dan buah-buahan
untuk dimakan. Tetapi tidak semua air dapat diminum dan tak semua buah
dapat dimakan, Ada yang pahit, masin, masam, dan ada pula yang enak,
manis dan gurih. Ya, ternyatalah, bahwa kehidupan didunia ini beza
dengan kehidupan di Syurga dahulu. Kehidupan didunia ini setiap saat
atau detik penuh dengan perjuangan. Setiap saat harus memeras otak,
memeras tenaga dan keringat.
Begitulah, saban merasa dahaga dan
lapar, Adam dan Hawa terpaksa berjalan sejauh jauhnya mencari air dan
buah buahan. Sedang bahaya binatang binatang buas selalu mengancam
jiwanya. Rupanya kehidupan di permukaan bumi ini, adalah satu cara hidup
yang selalu dalam proses dan peredaran, yang selalu silih berganti
antara senang dan susah, dingin dan panas, naik dan turun, kenyang dan
lapar, sihat dan sakit dan seterusnya. Segala macam penderitaan yang
berbentuk dahaga, lapar, bahaya binatang buas dan lain-lain telah dapat
menggerakkan akal dan fikiran Adam dan Hawa, bagaimana mereka dapat
membebaskan diri dari penderitaan itu.
Timbullah fikiran dalam
hatinya untuk menanam pohon-pohon yang buahnya enak dimakan di sekitar
tempat kediamannya, agar dia terhindar dari bahaya binatang-binatang
buas di dalam hutan belukar mencari atau memetik buah-buah yang dia
inginkan. Dengan mempergunakan dahan dahan kayu, tempat di sekitar gua
itu ditebasnya. Dipindahkannya ke situ pokok pokok yang dirasanya enak
dimakan buahnya, untuk menghilangkan laparnya.
Ya, Adam terpaksa
memeras tenaga, mencucurkan peluh, memeras otak dan fikiran, untuk
mendapatkan makanan menghilangkan lapar. Isterinya Hawa pun demikian
pula. Dia terpaksa menolong Adam dengan tenaga yang ada padanya.
Begitulah, bertahun tahun kemudian, Adam dan Hawa sudah dapat bercucuk
tanam, dan sudah pandai pula berternak memelihara binatang ternakan
seperti kambing dan ayam.
KETURUNAN PERTAMA
Dalam
kehidupan bersuami isteri, Hawa mulailah hamil. Tak lama kemudian
lahirlah ke permukaan bumi ini turunan Adam dan Hawa yang pertama. Anak
yang pertama ini laki laki seperti Adam. Anak itu diberi nama Qabil.
Alangkah
bahagianya Adam dan Hawa setelah dari pergaulannya berdua itu, lahir
seorang manusia baru, anaknya yang pertama itu, menambah anggota
masyarakat yang hanya terdiri dari dua orang menjadi tiga orang. Hawa
mulai sibuk menjaga dan mengasuh anaknya, tidak dapat lagi keluar
membantu Adam bercucuk tanam dan menggembala ternak. Adam terpaksa
keluar seorang diri dan bekerja. Setiap petang kalau dia sudah lelah,
dia pulang kembali ke gua tempat kediamannya untuk istirahat, menemui
isteri dan anaknya. Makanan yang diperdapatnya dibawanya pulang dan
dimakannya bersama sama dengan isteri dan anaknya.
Dengan begitu,
kegembiraan hidup Adam dan Hawa di atas bumi tampaknya semakin hari
semakin bertambah. Kegembiraan yang bertambah itu telah dapat
menghilangkan kelelahan bekerja dan ketakutannya terhadap binatang
binatang buas.
Setelah berlalu pula kira kira setahun lamanya,
kembali Hawa menjadi hamil. Tak lama kemudian, lahirlah anaknya yang
kedua, seorang wanita. Dan anak perempuan ini dinamai Adik Qabil. Dengan
kelahiran yang kedua ini, Adam dan Hawa semakin gembira hidupnya dan
semakin rajin dan tekun bekerja mencari penghidupan.
Begitulah
dari tahun ke tahun, keluarga Adam selalu bertambah tambah dengan anak
yang ketiga, seorang lelaki dinamai Habil, anak keempat seorang
perempuan, dinamai Adik Habil, kelima, keenam dan seterusnya. Adam
terpaksa bekerja lebih keras untuk mendapatkan makanan lebih banyak
kerana bilangan keluarganya semakin besar.
Adam dan Hawa menjadi
semakin tua, sedang anak anaknya pun semakin besar dan meningkat dewasa.
Qabil dan Habil sekarang sudah meningkat jadi muda remaja. Akal dan
fikirannya mulai timbul. Timbul perasaan wajib menolong ibu dan
bapaknya, bekerja bertani dan menggembala, menghasilkan makanan dan
minuman bagi keluarganya yang semakin besar, turut berjuang menjaga adik
adiknya dari bahaya singa dan harimau, dan binatang-binatang buas
lainnya.
Mulai tampak perbedaan alam wanita dengan lelaki. Anak
anaknya yang lelaki kebanyakan suka bekerja di luar rumah, bertani,
berburu dan memelihara binatang binatang ternak. Sedang anak anaknya
yang wanita suka bekerja di rumah, memasak makanan dan minuman serta
menjaga adik adik dan mengurus keperluan keperluan rumahtangga.
Sekalipun
Qabil dan Habil dua bersaudara, sebapa dan seibu, dan sama lelaki, sama
sama dibawah asuhan seorang ibu dan seorang bapa, tinggal di dalam dan
iklim yang sama, tempat yang sama pula, namun kudrat Ilahi dan kehendak
Allahlah yang lebih menentukan segala sesuatu didalam alam yang luas
ini. Keadaan rohani dan jasmani dari Qabil dan Habil tidaklah sama,
berbeza satu dengan yang lain. Ada perbezaan besar. Qabil sekalipun
lebih tua, tetapi badannya lebih kecil dan lemah. Habil sekalipun lebih
muda, tetapi badannya lebih besar dan lebih kuat. Qabil sekalipun lebih
tua dan berbadan lemah, tetapi tabiatnya amat kasar. Sedang Habil yang
berbadan kuat dan besar, tetapi tabiatnya sangat baik dan perasaan yang
sangat halus, lagi berbudi pekerti tinggi.
Adam bermaksud akan
membagi-bagikan perkerjaan kepada dua orang anaknya yang meningkat
remaja itu. Qabil dengan tabiatnya yang kasar itu diserahi oleh Adam
untuk bertani, mengolah tanah, menyangkul dan menebas hutan belukar,
kerana tanah dan hutan belukar adalah barang mati yang tak memerlukan
perasaan halus dan cinta kasih.
Ada pun Habil kerana perasaannya
yang halus dan perasaan kasih sayangnya, diserahi oleh Adam untuk
memelihara binatang ternak, iaitu kambing dan lembu yang dapat merasakan
haus dan lapar, sakit dan senang, sebab itu perlu disayang, dicintai,
harus diurus oleh manusia yang mempunyai perasaan halus dan rasa kasih
sayang.
Baru saja matahari terbit di waktu pagi, maka keluarlah
Adam, Qabil dan Habil dari gua tempat kediaman mereka untuk bekerja.
Qabil terus menuju ke hutan menebas belukar, ke ladang menyangkul,
menaburkan benih atau menuai, bila tanam tanamannya sudah masak untuk
dituai.
Sedang Habil menuju ke padang rumput untuk memelihara dan
menggembalakan ternaknya. Adam kadang kadang pergi berburu, mencari ikan
atau burung, untuk dimakan dagingnya sebagai lauk pauk. Atau pergi
mencari air untuk di minum dan memandikan anak anak dan isterinya. Kalau
matahari sudah hampir tenggelam, siang akan berganti dengan malam,
mereka kembalilah ke gua tempat kediaman mereka. Qabil membawa buah
buahan dan sayuran, Habil membawa susu, sedang Adam membawa
burung-burung dan ikan hasil buruannya. Sesudah semua buah tangan itu
dimasak oleh Hawa, mereka makanlah bersama sama dengan enaknya.
Di
waktu dan sesudah makan bersama ini, timbullah fikiran pada Adam untuk
mengajar anak anaknya bersyukur kepada Allah yang telah memberi mereka
rezeki sebanyak itu.
Lihatlah kata Adam kepada anak-anaknya:
"Kita ini tidak akan ada kalau tidak diciptakan oleh Allah. Allahlah
yang menciptakan diri kita masing-masing. Diciptakan Allah pula bumi
yang lebar dan luas ini untuk tempat tinggal kita. Lihatlah, alangkah
luas dan lebarnya bumi Allah yang kita tempati ini. Di sinari oleh
matahari di waktu siang dan oleh bulan dan bintang-bintang, di waktu
malam. Ditumbuhkan Allah segala macam tumbuh-tumbuhan, dikembangkan
Allah segala macam binatang binatang untuk menjadi rezeki kita. Marilah
kita menyembah kepada Allah dan mensyukuri segala nikmat dan rahmatNya
kepada kita."
Untuk menguji tentang keimanan dan kesyukuran kedua
orang anaknya yang sudah remaja itu, Adam menyuruh kedua orang anaknya
yang bernama Qabil dan Habil itu untuk pergi ke puncak sebuah gunung.
Kedua dua orang anaknya itu disuruh oleh Adam membawa sebahagian dari
penghasilan masing masing, dan meletakkan penghasilannya di puncak
gunung itu, agar dapat dimakan oleh makhluk Allah yang mana saja
membutuhkannya, iaitu makhluk makhluk Allah yang tidak pandai bercucuk
tanam dan memelihara binatang ternak. Pekerjaan ini dinamai Adam
berkorban, berzakat dan beribadat.
Pekerjaan berkorban, berzakat
dan beribadat ini amat cocok dan sesuai dengan perasaan Habil, kerana
dengan perasaannya yang halus dan fikirannya yang dalam, dia dapat
merasakan kebesaran Allah yang banyak nikmat pemberianNya. Apalagi
pengorbanan tersebut, akan dapat pula menolong beberapa macam
binatang-binatang yang dalam kehausan atau kelaparan.
Adapun
Qabil dalam hatinya sangat menentang pekerjaan itu. Mengorbankan
sebahagian dari hasil kerjanya yang diperdapatnya dengan penat lelah,
untuk dijadikan zakat atau ibadat terhadap Allah, dianggapnya satu
pekerjaan yang tak berguna, atau pekerjaan orang bodoh dan merugikan.
Alangkah susahnya mencari rezeki, katanya, kenapa rezeki itu dilemparkan
ke puncak gunung untuk dimakan binatang binatang yang tak ada gunanya.
Iblis yang dilontarkan Allah ke bumi, rupanya sudah mulai menjalankan
peranannya, untuk memesongkan hati manusia dari amal dan perbuatan yang
baik. Habil rupanya tak mampu digoda dan diperdayakannya. Tetapi Qabil
merupakan tanah yang subur bagi Iblis untuk menjalankan tipu dayanya.
Iblis
sudah dapat memasuki salah satu kelemahan dari unsur manusia dengan
saluran kecintaan manusia kepada harta benda. Harta dan kekayaan adalah
satu alat buat Iblis untuk memperdayakan manusia. Untuk berkorban ini,
Habil memilih kambingnya yang terbaik dan tergemuk. Sesudah
disembelihnya, lalu ditaruhkannya dipuncak gunung, sebagai korban dan
tanda terimakasihnya terhadap Allah yang telah memberikan rezeki.
Qabil
sekalipun dengan perasaan enggan dan terpaksa, juga melakukan ibadat
korban itu. Tetapi untuk korban ini dia memilih buah-buahan yang tidak
baik, yang sudah setengah busuk, kerana hatinya memang tidak baik dan
busuk pula.
Baik Habil atau Qabil lalu meletakkan korban
masing-masing di puncak gunung, dengan harapan korban itu akan diterima
oleh Allah dengan penerimaan yang baik. Pada hari berikutnya, pergilah
kedua bersaudara itu diiringkan oleh bapaknya Adam, untuk melihat,
apakah korban korban itu sudah diterima oleh Allah atau tidak.
Ternyata
bahwa korban Habil sudah tidak ada lagi, bererti sudah diterima oleh
Allah dengan baik. Tetapi korban Qabil yang terdiri atas buah-buahan
yang tak baik dan busuk itu, masih saja ada di situ bahkan sudah menjadi
lebih busuk. Itu berarti bahwa korban Qabil tidak diterima oleh Allah.
Bukan
main girangnya Habil melihat yang korbannya diterima dengan baik oleh
Allah. Dia lalu bersyukur dan berterimakasih. Qabil menjadi marah dan
irihati, kerana korbannya tidak diterima oleh Allah. Dengan marah dia
berkata kepada bapanya: "Korban si Habil diterima oleh Allah, kerana
bapa mendoakan baginya. Korban saya tidak diterima oleh Allah, kerana
bapak tidak suka mendoakan bagi saya."
Adam lalu menjawab: "Habil
mengorbankan barang barang yang baik, kerana hatinya baik. Korbannya
diterima oleh Allah, kerana Allah suka kepada barang-barang yang baik.
Sedang engkau mengorbankan buah buahan yang tidak baik dan busuk. Itu
menunjukkan yang hatimu busuk. Korbanmu tidak diterima oleh Allah,
kerana Allah tidak suka ke.pada barang-barang yang busuk dan tidak
baik."
Qabil menjadi marah dan irihati kerana korbannya tidak
diterima oleh Allah. Dengan marah dia berkata kepada adiknya Habil,
sekalipun Habil tidak bersalah apa apa terhadap dirinya. Tetapi
begitulah caranya Iblis menggoda manusia tanpa alasan yang tepat pun.
Iblis dapat menggoda manusia manusia yang lemah jiwa dan batinnya, lemah
imannya untuk membenci saudaranya sendiri yang tak bersalah apa apa.
Sungguh perdayaan dan tipu muslihat Iblis itu halus dan licin sekali.
Qabil
pulang ke rumahnya dengan hati yang marah dan menggerutu. Kepalanya
digeleng gelengkan tanda marah yang bersangatan. Marah kepada saudaranya
Habil yang baik dan tak bersalah apa apa terhadap dirinya. Bukan marah
terhadap dirinya sendiri yang tidak baik dan busuk itu.
Ya,
begitu halusnya godaan Setan dan Iblis terhadap manusia, untuk
mengeruhkan pergaulan sesama manusia dalam kehidupan di permukaan bumi
ini. Setelah masing masing anak Adam itu meningkat dewasa, maka anak
anak lelaki mulai merasakan keperluan terhadap isteri, sedang anak anak
perempuan merasakan keperluan terhadap suami, kerana memang demikianlah
sunnah yang ditetapkan Allah yang menciptakan manusia dan semua makhluk
berjiwa lainnya.
Sekalipun masyarakat manusia di masa hidupnya
Adam itu baru terdiri atas beberapa orang lelaki dan beberapa orang
wanita saja, namun begitu untuk memenuhi hasrat bersuami isteri ini agar
berjalan dengan teratur, maka Allah menetapkan beberapa aturan
(syari'at) yang harus dijalankan oleh masing masing manusia yang menjadi
anggota masyarakat yang kecil itu.
Ditetapkan Allah syari'at
(aturan) bagi anak anak Adam dan Hawa yang sudah dewasa itu, iaitu
aturan yang sangat sederhana sekali. Qabil anak pertama, boleh kawin
dengan Adik Habil anak keempat, sedang Habil anak ketiga boleh kawin
dengan Adik Qabil anak kedua. Jadi masing masing Qabil dan Habil tidak
boleh kawin dengan adiknya sendiri.
Syari'at itu diwahyukan Allah
kepada Adam. Adam menyampaikan wahyu ini kepada isteri dan anak anaknya
yang sudah berhasrat kawin itu. Syari' at ini diterima dengan segala
ketaatan dan kepatuhan oleh Adam, Hawa dan anak anaknya.
Hanya
Qabil yang tak mahu tunduk terhadap syari'at yang ditetapkan Allah ini.
Iblis mendapat peluang yang baik sekali dengan perantaraan perasaan
berahi antara lelaki dan wanita, dengan perantaraan nafsu dan keinginan
keinginan hidup manusia. Kepada Qabil dibisikkan oleh Iblis bahwa Adik
Qabil lebih cantik dari Adik Habil.
Kata Iblis kepada Qabil:
"Jangan kamu mahu tunduk kepada penetapan bapakmu yang tak adil itu.
Adikmu sendiri jauh lebih cantik dari Adik Habil. Kenapa bapak menyuruh
kamu kawin dengan Adik Habil yang tak cantik, sedang adikmu yang cantik
itu disuruh berikan kepada Habil untuk menjadi isterinya?"
Dengan
bujukan Iblis ini, mulailah ketara nafsu yang tak mahu menurut putusan
dengan segala macam alasannya. Kecantikan seorang wanita telah dapat
dipergunakan oleh Iblis untuk menimbulkan perselisihan antara dua orang
lelaki yang bersaudara kandung itu. Ini bukan hanya terjadi atas diri
anak anak Adam dan Hawa dahulu kala, tetapi masih terjadi pada anak cucu
Adam dan Hawa yang hidup di abad kedua puluh, atau zaman moden sekarang
ini.
Adam dan Hawa sebagai bapak dan ibu mulai pusing memikirkan
bagaimana caranya agar dia dapat memenuhi keinginan anak anaknya dengan
tidak melanggar syari'at yang sudah ditetapkan Allah, agar tetap hidup
dalam keadaan aman tenteram dan selamat di muka bumi ini.
Bila
syari'at Allah dijalankan akan terjadi perselisihan antara anak anaknya.
Bila keinginan anaknya yang diteruskan akan terjadi keengkaran terhadap
syari'at yang ditetapkan Allah. Satu kesempatan yang amat baik sekali
bagi Iblis untuk menjalankan tipudaya dan siasatnya. Perselisihan antara
manusia sesama manusia adalah jalan lempang yang amat lurus bagi Iblis
untuk sampai pada tujuannya.
Kesempatan baik ini, tidak disia-siakan
Iblis. Iblis segera datang berbisik ke telinga Qabil: "Hai, Qabil!
Janganlah lekas putus asa. Ada satu cara yang amat mudah untuk mengatasi
jalan buntu antara engkau dan adikmu Habil, untuk menyampaikan hasrat
hatimu kawin dengan adikmu yang cantik itu. Jalan satu-satunya ialah
supaya kamu bunuh saja adikmu yang bernama Habil itu."
Mula mula
Qabil agak ragu ragu terhadap cara penyelesaian yang dianjurkan Iblis
itu. Iaitu dengan cara membunuh Habil, adik kandungnya sendiri, saudara
yang seibu dan sebapa dengan dia, selapik seketiduran, kadang-kadang
sebantal sekalang hulu.
Beberapa hari lamanya Qabil
termenungmenung tidak keruan hidupnya. Berdiri bermenung, duduk
bermenung, tidur tak berasa puas, makan tak berasa enak. Duduk termenung
dan melamun adalah merupakan tanah yang amat subur pula bagi Iblis
untuk menanam siasat dan tipu dayanya terhadap manusia. Orang yang duduk
bermenung bererti fikirannya menjurus ke satu jurusan saja. Dia lupa
akan jurusan jurusan lain dalam hidupnya. Apalagi kalau yang dimenungkan
itu hal yang tak baik. Dia akan lupa akan kemaslahatan dirinya. Apa
lagi kemaslahatan ibu bapa dan keluarganya. Dia akan lupa akibat akibat
yang akan timbul dari perbuatannya itu. Di saat yang amat kritikal dalam
menungannya itu, Iblis datang langsung menemui Qabil dengan anjuran
yang lebih tegas:
"Bunuh saja, hentam saja, jangan fikir panjang lagi !"
Melihat
keadaan dan tabi'at Qabil yang luarbiasa itu, Adam, Hawa, Habil seluruh
anggota anggota keluarganya menjadi gelisah. Masing-masing mereka
mencoba memberi nasihat kepada Qabil. Berkata Adam kepada Qabil: "Jangan
engkau perturutkan ajakan Setan dan Iblis. Tunduklah kepada syari'at
yang ditetapkan Allah yang telah disetujui oleh ibu bapamu sendiri."
Habil dengan hati yang lapang dan pandangan yang luas mencuba menasihati
abangnya yang sudah lupa daratan itu: "Lebih baik engkau mencari jalan
yang hak, hai saudaraku, menempuh jalan yang membawa selamat, menjauhkan
diri dari jalan yang membawa kecelakaan dan kesengsaraan yang berlarut
larut."
"Ketahuilah, saudaraku," katanya lagi, "bahawa apa yang
terjadi ini adalah syari'at dan takdir yang sudah ditentukan Allah. Ibu
dan bapak, begitupun saya sendiri hanya semata-mata menjalankan perintah
dan syari'at Allah itu. Kita sekalian diciptakan Allah hidup di
permukaan bumi ini, adalah semata mata untuk dapat menjalankan syari'at
dan untuk mengabdikan diri kita kepada Allah yang menciptakan kita itu.
Sungguh engkau akan berdosa bila keluar dari jalan yang hak sudah
ditentukan Allah. Maka lebih baik engkau minta ampun atas dosamu itu,
sebagaimana saya selalu minta ampun dan menyerahkan nasib dan untungku
seluruhnya kepada Allah yang menciptakan seluruh alam ini."
Nasihat
yang bagaimana juga baik dan benarnya, rupanya tidak berbekas pada jiwa
yang penuh nafsu yang sedang bergejolak membakar. Qabil malah menjadi
semakin galak garang. Dia segera mendekati adiknya Habil yang masih
memberi nasihat dan berkata: "Engkau jangan banyak bicara. Engkau pasti
saya bunuh."
Dengan hairan dan sabar, Habil menjawab: "Kenapa aku
akan engkau bunuh?" "kerana bapa dan Allah lebih suka kepada engkau,"
jawab Qabil. "Dengan membunuh saya, keadaan tidak akan berubah, malah
bapak dan Tuhan akan semakin marah terhadap engkau," jawab Habil. "Tak
peduli, engkau pasti aku bunuh, agar senang hatiku," kata Qabil dengan
garangnya. Sekalipun Habil jauh lebih kuat badannya dari Qabil, kerana
budinya yang tinggi, dia tetap bersabar diri dan berkata: "Sekali pun
engkau telah mengacungkan tangan untuk membunuhku, saya tetap tidak akan
menggerakkan tangan untuk membunuhmu. Saya takut kepada Tuhan Semesta
Alam."
Habil terus berjalan menuju tempat kediamannya, Qabil
mengikutinya dari belakang dengan hati mengkal. Setibanya di gua, masih
saja dia mengkal dan marah. Dicobanya menidurkan mata, tidak mahu tidur.
Semalam malaman itu dia tak sepicing juga dapat tidur. Dadanya berasa
mengah.
Di saat itu datang lagi Iblis meniup-niup hatinya yang sudah panas itu dengan berkata: "Bunuh Habil, bunuh Habil, bunuh Habil !"
Di
waktu pagi sebagai biasa, Habil bangun dari tidurnya. Dengan perasaan
lega dia menuju ke padang rumput menggembalakan ternaknya. Qabil yang
sedang diperkuda oleh Iblis dengan sembunyi sembunyi mengikutinya dari
belakang. Maksudnya untuk membunuh Habil yang tidak ragu ragu lagi,
malah bertambah menyala nyala. Di kala matahari, bulan, bintang bintang
beredar di angkasaraya menjalankan perintah Tuhannya, di kala burung
burung berkicau bersiul berterbangan ke sana ke mari menjalankan
tugasnya masing masing sambil bertasbih mensucikan Tuhan Yang Maha Suci,
Qabil dengan mencapai dahan kayu yang amat keras dan berat memukul
kepala Habil dari belakang sekuat hatinya.
Darah bertumpah dan
mengalir membasahi permukaan bumi buat pertama kali. Habil menjerit
kesakitan, badannya terhempas ke bumi dan bergeletar. Terjadilah apa
yang disangsikan para Malaikat terhadap manusia, ketika Malaikat
diberitahu Allah bahwa manusia akan diciptakan Allah untuk menjadi
Khalifah (pengatur) di atas bumi. Malaikat sangsi bahwa manusia akan
berbuat binasa di bumi dan akan menumpahkan darah. Kesangsian itu kini
untuk pertama kalinya sudah terjadi, mungkin akan disusul pula dengan
kejadian-kejadian kedua, ketiga, keempat dan sampai entah ke berapa kali
lagi; bahkan pembunuhan itu bukan hanya dilakukan oleh seorang manusia
terhadap seorang manusia saja, tetapi akan terjadi pembunuhan pembunuhan
besar, beribu-ribu manusia dengan alat alat pembunuhnya yang terkejam
dan termoden akan membunuh beribu ribu manusia lainnya, manusia yang
bersalah dan tidak bersalah, wanita atau anak anak di bawah umur
sekalipun.
Setelah melihat darah mengalir membasahi bumi, serta
mendengar jeritan Habil yang memilu dan menyayat perasaan itu, maka
Iblis yang memperkudanya itu tersenyum simpul, lalu pergi meninggalkan
mangsanya, sebagai seorang yang menang, kerana siasat dan tipudayanya
sudah berhasil. Makin yakin ia akan kelebihan dirinya dan akan kelemahan
atau kekurangan Bani Adam (manusia).
Sepeninggalan Iblis itu,
Qabil mulai sedar akan ketololan dirinya. Perasaan menyesal atas
perbuatan yang baru dilakukannya mulai tumbuh, muncul dengan perlahan
dari lubuk hatinya. Teringatlah ia, bahwa adiknya (Habil) adalah seorang
baik dan tidak bersalah apa apa. Mulailah dia merasakan bahawa
perbuatannya itu amat kejam. Mulai timbul kesedaran, bahawa dia bersalah
besar. Tidak ada keuntungan yang diperolehinya dari pembunuhan ini. Dan
tidak mungkin pembunuhan ini akan membawa kesenangan hatinya. Malah
sebaliknya, hatinya bertambah gundah, dia merasa rugi, kosong dari
perasaan aman dan tenteram. Apalagi setelah dilihat dengan mata
kepalanya sendiri keadaan adiknya Habil yang bergeletar ditanah
menghadapi sakaratul maut. Suara rintihannya semakin halus, akhirnya
hilang lenyap. Sebaliknya seluruh anggota badannya semakin hebat
menghempas ke kiri dan ke kanan menandakan rasa sakit yang tak
terhingga. Nafasnya sesak, seakan akan jantung dan paru parunya sudah
tidak kuasa lagi menghirup udara atau hawa. Akhirnya seluruh
gerakgerinya berhenti, sekujur badannya menjadi lemah longlai, dan dia
lalu menghembuskan nafas yang terakhir.
"Inna lillahi wa inna
ilaihi raji'uun." Ya, semua manusia akan mati. Bahkan semua makhluk
berjiwa akan mengalami mati. kerana begitulah sunnah Ilahi yang
menciptakan seluruh makhluk berjiwa ini. kerana Allah sudah menetapkan
dari azal, bahwa kehidupan di dunia ini hanya buat sementara saja, hanya
sebagai singgah dalam perjalanan ke arah penghidupan yang kekal dan
abadi di akhirat. Di akhirat nanti akan diperhitungkan satu persatu amal
dan kerja setiap manusia selama hidupnya di dunia ini. Setiap amal,
buruk dan baik, kecil dan besar tidak ada yang tertinggal dan tidak kena
perhitungan itu. Semua akan mendapat balasan yang setimpal. Perbuatan
baik balasannya baik.
Perbuatan jelek atau jahat pembalasannya jahat
pula. Orang yang hidupnya teraniaya di permukaan bumi ini janganlah
terlalu bersedih hati. Bersabarlah, Tuhan sanggup membalikkan
penganiayaan itu ke alamat asalnya. Dan orang yang menganiaya, jangan
terlalu bergembira dalam hidup, pasti akan merasakan sakit dan pedihnya
penganiayaan yang dia lakukan itu !
Angin sepoi mulai berhembus
dan bertiup. Semua daun daun kayu bergerak dan berdesir. Hembusan angin
sepoi itu seakan akan menjamah sekujur tubuh Habil yang sudah tak
bernafas lagi itu sebagai hiburan dan tanda turut berdukacita. Sedangkan
desiran daun daun seakan akan bertasbih meratapi dan meucapkan selamat
jalan kepada jenazah Habil yang sedang pulang kembali ke Rahmatullah.
Adapun
Qabil mendengar desiran daun dihembus angin sebagai bisikan yang
mengecam dan mengutuknya: "Qabil, engkau pembunuh, engkau pembunuh,
engkau kejam, engkau kejam, bodoh, engkau bodoh."
Burung burung
dan binatang binatang buas dengan berbagai bunyi, seakan akan berkata
kepadanya menyesali perbuatannya itu: "Engkau pembunuh, engkau kejam."
Qabil
mulai mengerang panjang. Dia mulai merasa takut. Badannya berasa berat
dan kakinya berasa lemah. Tiba tiba dia tersungkur jatuh di samping
jenazah adiknya Habil. Dia memanggil manggil: "Habil! Habil! Habil !"
Habil
tidak menjawab, kerana dia sudah menghembuskan nafas yang terakhir,
telah bercerai jiwa dengan raganya. Tinggallah Qabil termangu mangu di
samping jenazah adiknya. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Apakah
jenazah adiknya itu akan ditinggalkannya begitu saja sehingga biar
dimakan serigala dan burung burung?
Tak sampai hati dia
meninggalkannya begitu saja. Akhirnya jenazah itu dipikul ke bahunya dan
dibawanya. Tetapi dia tidak tahu ke mana jenazah itu akan dibawanya dan
akan diapakan jenazah itu. Dia terus berjalan dan berjalan. Akhirnya
dia menjadi letih, lalu berhenti melepaskan lelah. Hatinya sedih dan
mulai berkhayal agar adiknya hidup kembali. Sesalnya bertambah tambah,
sehingga dia menjadi tak keruan dan gelisah. Mulai dia marah kepada
dirinya sendiri.
Setelah letihnya agak berkurang kembali jenazah
adiknya itu dipikulnya ke bahunya. Dia berjalan tidak bertujuan. Setelah
penat, dia berhenti pula melepaskan lelah. Begitulah berulang ulang
sampai letih dan lesu, di bawah terik panas matahari.
Tiba tiba
dia melihat dua ekor burung gagak berkejar kejaran. Kedua burung gagak
itu sama menyiruk ke bawah, hinggap ditanah. Keduanya berkelahi sehebat
hebatnya, tikam menikam, pukul memukul dengan paruhnya masing-masing.
Salah satu di antara kedua burung itu kena pukul yang keras sekali,
sehingga patah lehernya. Burung yang kena pukul itu bergeletar di tanah
menghempaskan diri. Tak lama kemudian burung itu mati.
Setelah
mengetahui bahwa burung yang kena itu sudah mati, lalu burung yang masih
hidup menggali lubang di tanah dengan menggunakan kaki dan paruhnya.
Setelah lubang itu menjadi besar dan dalam, gagak yang hidup menarik
gagak yang mati dengan paruhnya ke dalam lubang. Lubang itu lalu
ditutupnya kembali dengan tanah. Gagak yang masih hidup lalu terbang
meninggalkan tempat itu
Melihat itu, Qabil takjub heran sekali
dan berkata kepada dirinya sendiri: "Rupanya aku ini jauh lebih bodoh
dari gagak yang hitam itu." Dia lalu meniru gagak itu. Lubang digali,
lalu jenazah adiknya dimasukkan dalam lubang itu, dikuburkan dan
ditimbunnya dengan tanah.
Setelah agak lama Habil dan Qabil tidak
pulang, Adam dan Hawa mulai khuatir dan cemas. Adam lalu berangkat
mencari kedua orang anaknya itu.
Alangkah terperanjatnya Adam
melihat darah tertumpah di tanah membasahi bumi. Dadanya bergoncang,
hatinya berdebar, Adam berteriak sekeras kerasnya kepada Qabil: "Qabil,
apa yang engkau lakukan terhadap saudaramu?"
Bergetar tubuh Qabil
mendengar teriakan bapaknya yang luarbiasa itu. Alam seluruhnya
dirasakan turut bergetar dan benteriak kepadanya: "Hai, Qabil ! Apa yang
engkau lakukan terhadap adikmu sendiri?"
Qabil terus lari dan lari,
di celah gunung yang tinggi, melintasi jurang jurang yang dalam. Dengan
hati yang penuh ketakutan, badan geletar dan jiwa gelisah. Bukit,
gunung, jurang, pohon dan binatang apa saja yang ia jumpai, seakan akan
turut mengejar dari belakang dan benteriak teriak kepadanya: "Pembunuh,
pembunuh, pembunuh."
Qabil lari dan lari tenus, tak dapat merasa
ketenangan dan kesenangan buat selama lamanya. Dunia ini baginya sejak
waktu itu adalah tempat pelarian dan ketakutan, kerana dia sendiri yang
membuat dirinya diselubungi ketakutan, sehingga menyangka musuh terhadap
apa saja yang ia jumpai dan temui. Begitu susahnya di dunia ini, belum
lagi dia di akhirat nanti.... !
Adam dan Hawa kehilangan dua
onang anak sekaligus. Seorang meninggal dunia dan seorang lagi hilang
tak tentu ke mana penginya. Terhadap yang sudah meninggal, Adam dan Hawa
mendoakan kepada Allah: "Ya Allah, ampunilah dia; turunkanlah rahmatMu
kepadanya di Alam Banzakh, dan berilah ia tempat di Syurga di Alam
Akhinat nanti."
Terhadap anaknya yang hilang, Adam dan Hawa tak
benputusasa, mudah mudahan dia dapat kembali dengan kesedaran dan
keinsafan, dapat menginsafi segala kesalahan dan dosa yang telah
diperbuatnya, akhirnya dapatlah ia menjadi manusia yang berguna hidupnya
di dunia ini bagi ibubapa dan adik adiknya. Terhadap anak anaknya yang
lain, Adam memperingatkan bahawa kita manusia hidup di permukaan bumi
ini bukan sendirian. Di samping kita manusia ada Setan dan Iblis yang
menjadi musuh kita sampai ke anak cucu dan keturunan kita buat selama
lamanya.
Adam dan Hawa menenangkan kepada anak anaknya pengalaman
hidupnya berdua selama berada di dalam Syurga, bagaimana hebat dan
halusnya godaan Iblis. Sekalipun di kala itu, kerana sama sama berada di
alam Syurga. Adam dan Hawa dapat melihat Iblis dan dapat mendengar
suaranya, Adam dan Hawa masih dapat tergoda olehnya. Apalagi sekarang
setelah berada di alam bumi, dimana kita manusia tidak dapat lagi
melihat Iblis dan tak dapat mendengar suaranya, sedangkan Iblis tetap
dapat melihat kita manusia, maka godaan Iblis dimuka bumi ini pasti jauh
lebih hebat dan jauh lebih merbahaya bagi kita manusia.
Iblis adalah
musuh kita yang dapat melihat kita dan kita tidak dapat melihatnya.
Dengan begitu perjuangan kita terhadap Iblis adalah perjuangan atau
perkelahian yang tidak setaraf. Tidak ubah saperti penkelahian dua orang
manusia: yang pertama dengan mata terbuka dan yang kedua dengan mata
tertutup. Dapatlah kita pastikan, orang yang dengan mata terbuka akan
selalu menang, dan orang yang dengan mata tertutup akan selalu kalah.
Tetapi
kita manusia jangan sedih. Tuhan Maha Pengasih dan Maha Adil. Kepada
kita manusia diberi Tuhan satu cara untuk membutakan mata Iblis terhadap
kita, iaitu bila kita mohon perlindungan Allah dari godaan Iblis dengan
membaca: "A'uzubillahi minasy Syaitanir Rajim." Dan kepada kita manusia
diberi kekuatan yang dinamakan iman, iaitu kepercayaan penuh terhadap
Allah. Dengan keimanan yang kukuh dan kuat, Iblis tidak sanggup menggoda
manusia. Iblis malah menjadi takut dan lari dari manusia yang beriman
itu. Iblis malah tidak berani mendekatinya.
Monday, June 4, 2012
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Facebook Badge
(SSM - 0011452U)
Blog Archive
-
▼
2012
(55)
-
▼
June
(53)
- Kelebihan dan keistimewaan - Bulan Syaaban
- KISAH PARA NABI BANI ISRAEL SELEPAS NABI MUSA a.s.
- JANGGUT NABI HARUN a.s. BERWARNA DUA
- NABI MUSA a.s. BERMUNAJAT DENGAN ALLAH
- NABI MUSA a.s. DENGAN 'AUJ BIN UNUQ
- NABI YUNUS a.s. DITELAN IKAN NUN
- KISAH NABI YUNUS a.s.
- KISAH NABI AYUB a.s.
- KISAH NABI ZULKIFLI a.s.
- KISAH NABI YASA' a.s.
- KISAH NABI IDRIS a.s.
- KISAH NABI ILYAS a.s.
- KISAH NABI SYU'AIB a.s.
- KISAH NABI YUSUF a.s.
- KISAH NABI ISHAK DAN NABI YA'KUB a.s.
- KISAH NABI ISMAIL a.s.
- KISAH NABI LUTH a.s.
- KISAH NABI IBRAHIM a.s.
- KISAH NABI SALLEH a.s.
- KISAH NABI NUH a.s.
- Kisah lima perkara aneh
- Menghukum bayang-bayang
- Beng Hai Puas Hati Prestasi Skuad Hoki Negara
- Atasi Masalah Air Bertakung, Banjir Kilat
- 400 mat rempit tolak motosikal 7km ke balai polis
- Polis tahan dua lelaki ragut rantai warga emas ber...
- Dua lemas di Air Terjun Sekayu
- Remaja parah diserang lebih 30 lelaki
- Cuai melintas undang padah
- PRU: Pas yakin peluang ke Putrajaya cerah
- P'raya di musim haji hanya spekulasi PAS, kata Tun...
- Azmin kata peluangnya dalam PKR 'tak terancam'
- Bila tarikh pilihan raya?
- Menangis kerana takutkan allah
- Pahlawan Neraka
- Kisah Nabi Adam
- Rupa Paras/Sifat Tubuh Rasulullah SAW
- 10 sebab doa tertolak.
- Kisah si pemalas dengan abu hanifah
- ANJING MUSAFIR
- HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG
- PEMUDA YANG BERNAMA UZAIR
- RANCANGAN ABU JAHAL UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH
- Wanita Masuk Ke Dalam Syurga Dengan Menjaga 4 Perkara
- Kisah Nelayan
- Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.
- WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.
- Mukjizatnya Azan
- 4 Jenis Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Ke Neraka
- Kisah Teladan
- DIALOG RASULULLAH DAN IBLIS
- Gambaran Syurga Menurut Al-Quran
- Live Perhimpunan Hijau Ke Putra Jaya
-
▼
June
(53)