Bulan Syaaban merupakan bulan kedua
selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah
menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk
meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan
untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan
adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila
masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban
atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada
bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan
menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh
Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia
sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya
sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam
kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah
keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari
khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan
dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah
bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan
(menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani
rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa
Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari
daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali
sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah
lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah
ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan
Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa
yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan
Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan
Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas
segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti
kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan
yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya
dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam
Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya.
Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w
lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan
Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian
orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali
tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap
ibubapa.(Al-hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik
kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala
makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan
saudaranya.(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam
Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang,
beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang
yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala`
Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku
rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar
subuh. (Al-hadis)
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat:
Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka
pada hari nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa
Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala
hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,
katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah
mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu.
Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya,
tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula
menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama
malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada
pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang
sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit
keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam
ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang
yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada
pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang
mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang
ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka
dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan
malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan
baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua
pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh.
Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin
lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani
kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing).
Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya
daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari
dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke
Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami
sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama
(tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu
tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari
kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang
benar siddiq (orang yang benar).
15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman, sabda
baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3
malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang
yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang
meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku
taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki
perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah
hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah
engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku
izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban
itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah
diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan
tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku
kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di
dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau
daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau
daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada
kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau
sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah
mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu
Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya
400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s
pun berdoa kepada tuhan: “Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad
s.a.w”.
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
19. Telah disebut empat malam istimewa
tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban,
malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah.
Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan
merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau
sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w
berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat
mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al
Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat
mustajabkan doa padanya.
Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.
Apabila telah selesai sembahyang
Maghrib, hendaklah bi baca surah “Yaa Sinn” dengan niatkan mohon
panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
Kemudian dibacakan surah “Yaa Sinn” pula kali keduanya dengan diniatkan
diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu
dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah “Yaa Sinn” kali ketiganya
pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman,
kemudian dibacakan doa-doanya.
Doa untuk bulan Rejab – Syaaban – Ramadhan