Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu
ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi
yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang
hanya mendengar
suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu,
pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau
dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau
dikehendaki berbuat, pertama; apa yang
engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga;
engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima;
larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat
dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar
berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan
memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang
tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk
memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan
diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya
lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan
madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan
sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya
disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu
ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk
emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga
tiga kali
berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan
perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh
Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang
sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil
itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah
aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun
mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan
itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil
berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu
sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari
rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu
tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk
menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk
mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan
kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan
burung kecil tadi dilepaskan dari dalam
bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama
kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka
dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang
menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka
kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam
doanya dia berkata, "Ya
Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu
sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah.
Pada mulanya nampak besar seperti
bukit
tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya,
maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam
diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam
kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap
hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka
mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal
seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis
mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba
Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai
Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu
berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah s.w.t., "Ini
adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini
haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar,
tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana
itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
Monday, June 4, 2012
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Facebook Badge
(SSM - 0011452U)
Blog Archive
-
▼
2012
(55)
-
▼
June
(53)
- Kelebihan dan keistimewaan - Bulan Syaaban
- KISAH PARA NABI BANI ISRAEL SELEPAS NABI MUSA a.s.
- JANGGUT NABI HARUN a.s. BERWARNA DUA
- NABI MUSA a.s. BERMUNAJAT DENGAN ALLAH
- NABI MUSA a.s. DENGAN 'AUJ BIN UNUQ
- NABI YUNUS a.s. DITELAN IKAN NUN
- KISAH NABI YUNUS a.s.
- KISAH NABI AYUB a.s.
- KISAH NABI ZULKIFLI a.s.
- KISAH NABI YASA' a.s.
- KISAH NABI IDRIS a.s.
- KISAH NABI ILYAS a.s.
- KISAH NABI SYU'AIB a.s.
- KISAH NABI YUSUF a.s.
- KISAH NABI ISHAK DAN NABI YA'KUB a.s.
- KISAH NABI ISMAIL a.s.
- KISAH NABI LUTH a.s.
- KISAH NABI IBRAHIM a.s.
- KISAH NABI SALLEH a.s.
- KISAH NABI NUH a.s.
- Kisah lima perkara aneh
- Menghukum bayang-bayang
- Beng Hai Puas Hati Prestasi Skuad Hoki Negara
- Atasi Masalah Air Bertakung, Banjir Kilat
- 400 mat rempit tolak motosikal 7km ke balai polis
- Polis tahan dua lelaki ragut rantai warga emas ber...
- Dua lemas di Air Terjun Sekayu
- Remaja parah diserang lebih 30 lelaki
- Cuai melintas undang padah
- PRU: Pas yakin peluang ke Putrajaya cerah
- P'raya di musim haji hanya spekulasi PAS, kata Tun...
- Azmin kata peluangnya dalam PKR 'tak terancam'
- Bila tarikh pilihan raya?
- Menangis kerana takutkan allah
- Pahlawan Neraka
- Kisah Nabi Adam
- Rupa Paras/Sifat Tubuh Rasulullah SAW
- 10 sebab doa tertolak.
- Kisah si pemalas dengan abu hanifah
- ANJING MUSAFIR
- HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG
- PEMUDA YANG BERNAMA UZAIR
- RANCANGAN ABU JAHAL UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH
- Wanita Masuk Ke Dalam Syurga Dengan Menjaga 4 Perkara
- Kisah Nelayan
- Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.
- WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.
- Mukjizatnya Azan
- 4 Jenis Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Ke Neraka
- Kisah Teladan
- DIALOG RASULULLAH DAN IBLIS
- Gambaran Syurga Menurut Al-Quran
- Live Perhimpunan Hijau Ke Putra Jaya
-
▼
June
(53)