Saturday, April 5, 2014

CARA CARI PROXY AKTIF

  Sumber : Akinarea.
 
Tak perlu saya perjelaskan apa itu proxy,bagi yang tak faham sila google sendiri ye.Tutorial yang akan saya tulis kali ini adalah kaedah mencari proxy yang dapat di gunakan untuk melayari internet atau di gunakan bersama aplikasi bot yang memerlukan pertukaran proxy yang kerap.Malahan,proxy juga dapat melindungi identiti pelayaran anda namun tidak sehebat VPN ( Virtual Private server ).Sesetengah forum mungkin melakukan sekatan terhadap ip proxy tertentu.Oleh itu,di sini peranan proxy sangat di perlukan.Terdapat pelbagai kegunaan lain proxy selain yang telah saya nyatakan,berbalik kepada topik asal,di bawah adalah tutorial bagi mencari ip proxy yang masih aktif dan pantas :
Muat turun terlebih dahulu aplikasi yang akan di gunakan :
ProxyFinderEnterprisev2.5.rar [ 214.7 KB ]
ProxyChecker_v1.4.zip [ 3.7 MB ]
SnPGnC-By-Gr3eNoX.rar


1.     Lakukan scanning ip proxy dengan menggunakan ProxyFinderEnterprise,klik scan tunggu sehingga selesai :
KLIK UNTUK BESARKAN

Apabila proses scanning telah selesai,sila save ip proxy yang telah anda perolehi.Untuk pengetahuan anda,ip proxy yang anda perolehi ini perlu di pastikan samaada aktif atau pun sebaliknya dengan menggunakan ProxyChecker.
2.     Buka Proxychecker,klik pada Read From File dan pilih fail proxy yang telah anda save tadi.Seterusnya klik Test,tunggu sehingga selesai.Ip proxy yang aktif akan keluar pada kolum sebelah kanan.Sila save.
KLIK UNTUK BESARKAN
Seterusnya adalah proses memilih ip proxy yang terpantas,supaya penggunaan yang lebih mantap.

3.   Sila Buka SnPGnC dan pilih Import seterusnya Check dan tunggu sehingga proses selesai.Ip proxy yang terpantas dan terbaik akan berada pada kolum sebelah kanan.Sila pilih Export untuk save dan siap untuk di gunakan.

KLIK UNTUK BESARKAN
Jika anda ingin gunakan pada browser internet anda,berikut saya sertakan panduan mengubah ip proxy mengikut browser :

Internet Explorer:

  1. Buka program Internet Explorer
  2. Klik menu Tools > Internet Options > Connections
  3. Klik di koneksi yang Anda gunakan (modem atau LAN?). Klik butang Settings
  4. Tanda pada kotak Use a proxy server for this connection
  5. Isikan nombor proxy dan port pada ruangan masing-masing.
  6. Tanda pada kotak By pass proxy server for local addresses
  7. Klik butang OK > OK
  8. Selesai. Sekarang check IP Anda adakah sudah berubah atau belum dengan mengklik DI SINI Jika sudah berubah bererti proses setting proxy sukses. Jika belum berubah, atau berlaku ralat, maka cuba nombor proxy yg lain.
Note : Jika ip proxy pada IE di ubah,maka chrome anda juga turut menggunakan ip proxy tersebut.
Mozilla Firefox:

  1. Buka program Firefox
  2. Klik menu Tools > Internet Options > Advance > Network
  3. Di bagian Connection klik butang Settings
  4. Muncul jendela Connection Settings
  5. Pilih Manual proxy configuration
  6. Isikan nombor proxy dan port pada ruangan masing-masing.
  7. Tandakan pada kotak Use the proxy server for all protocols
  8. Klik tombol OK > OK
  9. Selesai. Sekarang check IP Anda apakah sudah berubah atau belum dengan mengklik DI SINI Jika sudah berubah bererti proses setting proxy sukses. Jika belum berubah, atau malah error, maka cari nombor proxy yg lain.
Selamat mencuba..
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...